Baru-baru ini tular beberapa hantaran mesej dari Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) baru-baru ini, memberi amaran bahawa ribut suria (solar storm) akan melanda beberapa negara dan mengakibatkan gangguan elektrik termasuk internet selama berbulan-bulan.
Dapatan itu diperoleh NASA menerusi salah satu misinya yang dikenali sebagai ‘Parker Solar Probe’ dan memaklumkan ia terjadi kerana wujud gangguan di atmosfera bumi disebabkan aktiviti yang berlaku pada matahari terutamanya suar suria.
Menurut NASA matahari akan aktif dan aktiviti maksimum pada 2024, lantas fenomena ribut suria menjadi semakin teruk dan kuat.
Berikutan pendedahan itu sudah menjadi buah mulut masyarakat dan tidak terkecuali turut diperkatakan oleh rakyat di negara ini.
Hal ini secara tidak lansung mencetuskan kerunsingan orang awam dan rata-rata mereka meluahkan kebimbangan bagaimana untuk menjalani kehidupan dalam keadaan tidak mempunyai elektrik dan internet dalam jangka masa yang lama, selain ada yang mengaitkannya dengan kejadian hari kiamat.
Jika ia berlaku pada zaman dahulu, mungkin ia tidak menjadi masalah, namun pada era digital ini dan semua kerja perkara perlu menggunakan perkhidmatan internet, sudah tentu akan menjejaskan kehidupan seharian.