Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Saturday, May 10, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Sesi persekolahan 2024/2025: Murid dibenar pakai uniform dua hari, baju sukan dua hari

by Myra Hamdi
January 19, 2024
2 min read
6 0
0
Sesi persekolahan 2024/2025: Murid dibenar pakai uniform dua hari, baju sukan dua hari
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Pendidikan (KPM) membenarkan murid memakai pakaian seragam sekolah untuk dua hari diikuti pakaian sukan selama dua hari dan sehari untuk pakaian kokurikulum bagi sesi persekolahan 2024/2025 mulai Mac ini. 

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata kebenaran itu adalah garis panduan baharu berkaitan pemakaian seragam murid yang ditetapkan KPM. 

“KPM memutuskan bagi sesi 2024/2025 bermula Mac ini, selepas sesi libat urus dilaksanakan dengan semua pihak berkaitan termasuk pemegang taruh, maka pakaian seragam di sekolah sesi 2024/2025 diteruskan seperti berikut.

RELATED STORIES

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

April 28, 2025
Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

April 26, 2025

“Dua hari pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian kokurikulum,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat 2024 KPM di sini, hari ini.

Fadhlina berkata, perincian mengenai garis panduan itu akan dimaklumkan kepada semua pihak dalam tempoh terdekat.

Ketika ditemui selepas majlis amanat itu, Fadhlina menjelaskan pihak sekolah akan diberi kuasa autonomi untuk menentukan hari pemakaian seperti yang ditetapkan dalam garis panduan berkenaan. 

“Ya, itu akan diperincikan dalam surat makluman nanti mengenai autonomi yang akan diberikan kepada pihak sekolah nanti asalkan mereka mengikut dua hari pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan sehari pakaian kokurikulum. 

“Selain itu, bagi kita ini adalah penegasan keputusan untuk meringankan beban ibu bapa yang berhasrat membuat persiapan lebih awal,” katanya. 

Pada 3 Mei tahun lalu, KPM memberikan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya untuk memakai pakaian sukan semasa cuaca panas dan kering. 

Murid yang memakai pakaian seragam sekolah pula tidak diwajibkan memakai tali leher, memandangkan keadaan cuaca panas boleh mencetuskan gelombang haba yang memudaratkan kesihatan. 

Sementara itu, Fadhlina berkata, beliau menzahirkan rasa gembira dengan inisiatif membabitkan penambahan guru. 

Jelasnya, sehingga Disember 2023, KPM berjaya membuat penempatan seramai 18,792 guru baharu. 

“Secara peribadi saya sangat bahagia dengan inisiatif ini iaitu penambahan pengambilan guru baharu yang sangat signifikan. 

“Insya-Allah, (penambahan guru baharu ini) akan bertambah lagi sebelum berakhir sesi penggal persekolahan 2023/2024,” katanya. -BH

Previous Post

Rakyat Malaysia diajak sertai kempen pengiriman poskad khas Palestin Merdeka kepada PBB

Next Post

Ribut suria fenomena biasa, bukan petanda kiamat

Next Post
Ribut suria fenomena biasa, bukan petanda kiamat

Ribut suria fenomena biasa, bukan petanda kiamat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker