Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Saturday, May 10, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Hiburan

Boboiboy bawa pelancong mengembara bersama ke angkasa di Langkawi sempena cuti sekolah

by Team Kepochi
December 21, 2023
2 min read
7 0
0
Boboiboy bawa pelancong mengembara bersama ke angkasa di Langkawi sempena cuti sekolah
Share on FacebookShare on Twitter

Animonsta Studios (MONSTA) bekerjasama dengan syarikat pengendali kereta kabel SkyCab, Panorama Langkawi Sdn Bhd (Panorama Langkawi) membawakan BoBoiBoy untuk menghibur pelancong semasa musim percutian sekolah ini di Langkawi.

Lebih menarik, satu episod khas ‘BoBoiBoy Kembara ke Angkasa” akan ditayangkan di Langkawi SkyDome dalam format unik iaitu projeksi imej 3-Dimensi 360 darjah, menggunakan dua belas projektor berteknologi tinggi yang akan menghiburkan penonton dengan pengalaman visual yang memukau.

Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA Nizam Abd Razak dalam satu kenyataan hari ini berkata Langkawi SkyDome, pusat rekreasi seumpamanya di rantau ini, menjanjikan pertunjukan yang tiada tandingan dan bakal mengujakan para pengunjung.

RELATED STORIES

Mariam – Ringkas Tapi Sarat Dengan Emosi

Mariam – Ringkas Tapi Sarat Dengan Emosi

April 26, 2025
Dongeng Sang Kancil, Apa Yang ‘Best’?

Dongeng Sang Kancil, Apa Yang ‘Best’?

March 13, 2025

Beliau berkata gabungan dua syarikat tempatan ini diharapkan bakal berjaya mempromosikan tarikan terbaharu SkyCab Langkawi kepada kanak-kanak yang sedang  bercuti serta para peminat animasi BoBoiBoy yang bukan sahaja terdiri dari rakyat Malaysia, malah dari seluruh rantau Asia dan global.

“Watak BoBoiBoy yang mesra kanak-kanak dan mesra pengguna diyakini akan mampu mempromosikan sektor pelancongan di Malaysia dengan mengajak lebih ramai pengunjung luar untuk datang ke destinasi terbaik di negara kita.

“Kita berharap kerjasama ini bakal menarik lebih ramai pelancong mengunjungi Pulau Langkawi, pulau mutiara kita, dan juga menjadi batu loncatan untuk BoBoiBoy menjadi ikon pelancongan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata adiwira cilik BoBoiBoy kini sudah beraksi selama 12 tahun, dan syarikat amat berbangga dengan kolaborasi ini kerana BoBoiBoy merupakan satu jenama yang terkenal di rantau ini.

Para pengunjung boleh menaiki kereta kabel yang dihiasi lakaran BoBoiBoy di SkyCab, menonton episod khas ‘BoBoiBoy Kembara ke Angkasa’ di SkyDome dan membeli barangan eksklusif keluaran MONSTA dan Panorama Langkawi di lokasi pelancongan tersebut.

Siri terbaharu ‘BoBoiBoy Galaxy SORI’ menemui para penonton di seluruh rantau Asia menerusi platform penstriman popular NETFLIX dan MONSTA YouTube Channel, serta di saluran televisyen TV9.

— BERNAMA

Previous Post

KAPAL ISRAEL DIHARAMKAN DATANG KE MALAYSIA SERTA-MERTA – PM ANWAR

Next Post

BNM Mengeluarkan Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Ulang Tahun Ke-100 Universiti Pendidikan Sultan Idris

Next Post
BNM Mengeluarkan Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Ulang Tahun Ke-100 Universiti Pendidikan Sultan Idris

BNM Mengeluarkan Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Ulang Tahun Ke-100 Universiti Pendidikan Sultan Idris

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker