Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Saturday, May 10, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Hiburan

Wanita maut ditetak dengan parang, suspek terjun jambatan

by Team Kepochi
December 20, 2023
2 min read
6 0
0
Wanita maut ditetak dengan parang, suspek terjun jambatan
Share on FacebookShare on Twitter

Wanita maut selepas ditetak dengan parang oleh seorang lelaki di hadapan sebuah premis di Jalan Raja Uda, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 11.10 pagi itu, mangsa warga tempatan berusia lingkungan 42 tahun yang parah di belakang leher dan bahu dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dilaporkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie, berkata pegawai penyiasat bersama sepasukan anggota ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan.

RELATED STORIES

Mariam – Ringkas Tapi Sarat Dengan Emosi

Mariam – Ringkas Tapi Sarat Dengan Emosi

April 26, 2025
Dongeng Sang Kancil, Apa Yang ‘Best’?

Dongeng Sang Kancil, Apa Yang ‘Best’?

March 13, 2025

“Pemeriksaan mendapati kawasan itu mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam kejadian, selain ada saksi melihat kejadian terbabit.

“Mangsa ditetak di bahagian belakang leher dan bahu kiri dengan parang sehingga parah.

“Mangsa kemudian dibawa ke HSJ untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia jam 11.58 pagi sebelum mayat dihantar ke unit forensik untuk bedah siasat” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Mohd Asri berkata, susulan kematian mangsa, polis menjejaki suspek sebelum menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 29 tahun.

“Selepas kejadian suspek didapati terjun dari Jambatan Pulau Pinang namun berjaya diselamatkan orang awam dan diserahkan kepada polis. “Suspek kini menerima rawatan di hospital berhampiran.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Nasrina Darus di talian 04-5762222 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Terdahulu, suspek dilaporkan melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal selepas orang awam yang melihat kejadian mengejarnya.

Dia kemudian meletakkan motosikal di bahu jalan atas jambatan sebelum terjun.

Menerusi video tular, lelaki yang berjaya diselamatkan itu cuba terjun sekali lagi dari bot nelayan ketika dalam perjalanan ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban.

Previous Post

Cas RM 1 Bagi Warga Asing Yang Menggunakan Perkhidmatan Bas GoKL Mulai 1 Jan

Next Post

KAPAL ISRAEL DIHARAMKAN DATANG KE MALAYSIA SERTA-MERTA – PM ANWAR

Next Post
KAPAL ISRAEL DIHARAMKAN DATANG KE MALAYSIA SERTA-MERTA – PM ANWAR

KAPAL ISRAEL DIHARAMKAN DATANG KE MALAYSIA SERTA-MERTA - PM ANWAR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker