Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 9, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Hiburan

Abang Adik Tarik Perhatian Komuniti Penerbit Filem Global

by Team Kepochi
December 12, 2023
2 min read
7 0
0
Abang Adik Tarik Perhatian Komuniti Penerbit Filem Global
Share on FacebookShare on Twitter

Filem sulung arahan penerbit dan pengarah rakyat Malaysia Jin Ong berjudul ‘Abang Adik’, yang mengisahkan pahit manis hubungan erat dua anak yatim yang tiada pertalian darah, telah menarik perhatian komuniti penerbit filem global.

‘Abang Adik’ mula menarik perhatian pada Mac tahun ini apabila mendominasi enam kategori di Festival Filem Antarabangsa Fribourg di Switzerland, termasuk dalam kategori hadiah utama, kategori hadiah juri khas, hadiah juri belia, dan kategori hadiah kritik. Filem ini memenangi Anugerah Juri Ekumenikal dan Anugerah Penonton.

Filem ini, yang merupakan usaha kerjasama antara Malaysia dan Singapura, terus meraih anugerah sejak itu termasuk di Festival Filem Asia Timur ke-25 di Udine, Itali, Festival Filem Asia New York ke-22, Festival Filem Seratus Bunga Emas di China, dan Festival Filem Antarabangsa QCinema – The Next Asian Wave di Filipina.

RELATED STORIES

Mariam – Ringkas Tapi Sarat Dengan Emosi

Mariam – Ringkas Tapi Sarat Dengan Emosi

April 26, 2025
Dongeng Sang Kancil, Apa Yang ‘Best’?

Dongeng Sang Kancil, Apa Yang ‘Best’?

March 13, 2025

Filem ini turut mendapat pengiktirafan di Anugerah Golden Horse yang prestij ke-60 di Taipei apabila dicalonkan dalam tujuh kategori, iaitu Pelakon Terbaik (dimenangi oleh pelakon Taiwan Wu Kang Ren), Pelakon Pembantu Terbaik, Pengarah Baru Terbaik, Pelakon Baru Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lagu Filem Asli Terbaik, dan Solekan dan Reka Busana Terbaik.

Baru-baru ini, ‘Abang Adik’ mencatat sejarah di Taiwan apabila mencipta rekod pecah panggung dengan kutipan RM2.2 juta selepas hanya tiga hari ditayangkan.

Semasa sidang media selepas tayangan media ‘Abang Adik’ di sini hari ini, Jin berkata filem ini menonjolkan hubungan kemanusiaan dan kasih sayang antara satu sama lain di tengah-tengah kesibukan kawasan Pudu yang telah membangkitkan pelbagai emosi.

Menurut Jin filem ini juga menangani isu penduduk tanpa kewarganegaraan.

Bangga dengan kejayaan pembikinan filem Malaysia itu, Jin berkata beliau berhasrat untuk mengetengahkan karya filem-filem tempatan ke persada antarabangsa.

Sementara itu, penerbit ‘Abang Adik’ yang juga penyanyi dan pelakon Lee Sinje berkata Malaysia mempunyai banyak kisah unik yang tidak terdapat di mana-mana tempat di dunia. Seperti Jin, beliau juga bercita-cita untuk mempromosikan filem-filem tempatan kepada peminat filem global, agar mereka lebih memahami tentang Malaysia.

Filem ini mengisahkan kehidupan Abang (Wu Kang Ren), yang pekak dan bisu, dan Adi (Jack Tan). Mereka dibesarkan tanpa keluarga di bawah jagaan jiran mereka, Kakak Money (Tan Kim Wang), yang menjadikan mereka sebagai anak kandung bagi memastikan kelangsungan kehidupan dua anak yatim ini.

‘Abang Adik’ dijadualkan akan ditayangkan di pawagam pada 14 Dis.

— BERNAMA

Previous Post

Jojo Tumbangkan Lawan Dalam 36 Saat

Next Post

Karnival Barangan Malaysia 2023 Memperkukuhkan dan Promosi Produk Buatan Malaysia

Next Post
Karnival Barangan Malaysia 2023 Memperkukuhkan dan Promosi Produk Buatan Malaysia

Karnival Barangan Malaysia 2023 Memperkukuhkan dan Promosi Produk Buatan Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker