Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Saturday, May 10, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Serai Gorgon 1 bantu padam kebakaran, penyelamatan

by Team Kepochi
December 4, 2023
3 min read
7 0
0
Serai Gorgon 1 bantu padam kebakaran, penyelamatan
Share on FacebookShare on Twitter

Mengelak risiko kecederaan selain memastikan operasi mengawal kebakaran dan penyelamatan berjalan lancar, Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai telah mengambil inisiatif mencipta robot dikenali sebagai ‘Serai Gorgon 1’ (SG1).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Ahmad Noor Syamsi Zainoldin berkata penciptaan SG1 bermula Julai tahun lepas dan mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan melalui idea serta penggabungan kemahiran enam anggota balai berkenaan.

Jelas beliau, kos pembikinan robot seberat 71 kilogram (kg) menelan belanja sekitar RM11,000 dan 90 peratus material yang digunakan adalah daripada besi dan barangan elektrik terpakai. 

RELATED STORIES

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

April 28, 2025
Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

April 26, 2025

“Idea untuk penciptaan robot ini pada asalnya tercetus setelah memikirkan risiko kecederaan dan kematian yang sering dihadapi oleh anggota bomba dalam pelbagai operasi terutama membabitkan kes-kes kebakaran dan penyelamatan.

“Bagi penghasilan robot itu antara material yang digunakan adalah seperti besi jenis persegi berongga dengan ketebalan 1.6 milimeter (mm), gegancu motosikal, pemercik air, motor tingkap kuasa dan sebagainya,” katanya ketika ditemui Bernama di Balai Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai di sini, kelmarin.

Ahmad Syamsi berkata pihaknya juga telah bekerjasama dengan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) serta Universiti Sains Malaysia (USM) pada Ogos lepas bagi menilai keupayaan serta ketahanan SG1.

“Kerjasama itu memfokuskan kepada sesi ujian bagi menilai tahap keupayaan dan ketahanan SG1 khususnya dalam membantu operasi anggota bomba.

“Hasil dapatan daripada ujian yang dilakukan, SG1 mampu bertahan sehingga suhu mencecah 300 darjah Celsius manakala melalui kerja-kerja penyelamatan pula robot ini berupaya mengangkat beban semaksimum 250kg,” katanya.

Mengulas lanjut berkaitan kelebihan dimiliki SG1, katanya robot tersebut turut dilengkapi dengan alat kawalan jauh, sistem kamera, pengesan gas, muncung semburan air dan water curtain.

“Alat kawalan jauh fungsinya adalah untuk mengawal pergerakan SG1 dalam melaksanakan operasi. Sistem kamera membekalkan isyarat secara visual berkenaan risiko yang terdapat di kawasan sekeliling.

“Pengesan gas berfungsi mengesan gas berbahaya yang terdapat di lokasi, muncung semburan air berperanan dalam mengawal pergerakan air serta jenis semburan bersesuaian yang perlu dilakukan dan water curtain pula berfungsi bagi melindungi SG1 daripada bahang panas melampau,” katanya.

Selain itu, anak jati kelahiran Bagan Serai berusia 42 tahun itu menjelaskan robot tersebut turut berperanan dalam menembusi ruang-ruang sempit yang sukar ditembusi oleh anggota bomba dalam mana-mana operasi kebakaran dan penyelamatan.

“Bagi kami, robot ini adalah benteng hadapan bagi melancarkan operasi dan mengurangkan risiko atau ancaman keselamatan terhadap anggota,” katanya.

Selain itu, katanya SG1 juga pernah digunakan dalam dua operasi khusus melibatkan pembakaran terbuka yang berlaku di kawasan sekitar pada Ogos dan Oktober lalu.

Bercerita mengenai pengiktirafan terhadap SG1, beliau berkata penghasilan robot itu telah menobatkan Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai selaku juara bagi Pertandingan Anugerah Minggu Inovasi Negeri Perak 2023 sempena Sambutan Minggu Inovasi Tahun 2023 JBPM yang berlangsung 16 Nov lalu.

“Pengiktirafan ini amat bermakna buat kami dan akan dijadikan sebagai azimat serta pembakar semangat dalam meningkatkan lagi produktiviti SG1 bagi melancarkan operasi sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga anggota dalam sesuatu operasi,” katanya.

— BERNAMA

Previous Post

Mayat bayi ditemui terdampar di tepi pantai

Next Post

Mayat wanita dalam simen

Next Post
Mayat wanita  dalam simen

Mayat wanita dalam simen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker