Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 9, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Info

Karnival Usahawan Desa @ Putrajaya 2023, tarik ramai pengunjung dengan pelbagai aktiviti

by Myra Hamdi
November 24, 2023
2 min read
6 0
0
Karnival Usahawan Desa @ Putrajaya 2023, tarik ramai pengunjung dengan pelbagai aktiviti
Share on FacebookShare on Twitter

Karnival Usahawan Desa (KUD)@ Putrajaya 2023 anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang bermula hari ini selama lima hari di Anjung Floria, di sini menampilkan pelbagai aktiviti menarik.

Program ini yang berlansung sejak 22 November hingga 26 November ini mula menerima kunjungan orang ramai bermula jam 10 pagi sehingga jam 10 malam dengan menyediakan 800 gerai pameran termasuk jualan membabitkan pelbagai usahawan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Che Murad Sayang Ramjan, berkata kumpulan sasar bagi Program KUD@Putrajaya 2023 ini terdiri daripada usahawan luar bandar yang mendapat bimbingan KKDW, agensi dan usahawan luar bandar berpotensi yang memerlukan bantuan khidmat nasihat dalam meningkatkan produktiviti dan memperkembangkan perniagaan.

RELATED STORIES

Nintendo Switch 2 Tampil Lebih ‘Power’ dengan Spesifikasi Mantap

Nintendo Switch 2 Tampil Lebih ‘Power’ dengan Spesifikasi Mantap

April 26, 2025
10 Yang Menarik Tentang Birkin International Hotel!

10 Yang Menarik Tentang Birkin International Hotel!

April 26, 2025

Beliau berkata, program karnival pada kali ini menyasarkan nilai transaksi jualan sehingga RM10 juta meliputi jualan tunai, padanan perniagaan dan tempahan selain dijangka menarik penyertaan sehingga satu juta pengunjung sepanjang tempoh penganjurannya.

Katanya, keistimewaan program karnival kali ini adalah produk pelancongan Wilayah Ketengah yang dibawa khas daripada Terengganu seperti Kenyir Houseboat, beca dan kraftangan.

“Pengunjung juga boleh merasai keindahan alam Anjung Floria dengan cahaya lampu pada waktu malam termasuk dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan dan artis tempatan,” katanya ketika mengadakan tinjauan ke Program Karnival Usahawan Desa (KUD)@ Putrajaya 2023, kelmarin.

Program karnival ini membabitkan 10 agensi di bawah KKDW iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), FELCRA Berhad, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).

Program karnival ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Perbadanan Putrajaya (PPj) khususnya dalam kelulusan penggunaan lokasi Anjung Floria dan khidmat nasihat pelaksanaan program berskala besar di pusat pentadbiran kerajaan di sini.

Previous Post

Amanah; Benarkah sifat yang makin terhakis?

Next Post

Gelinciran cerun mengejutkan penghuni Pangsapuri Taman Cheras Mas

Next Post
Gelinciran cerun mengejutkan penghuni Pangsapuri Taman Cheras Mas

Gelinciran cerun mengejutkan penghuni Pangsapuri Taman Cheras Mas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker