Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 9, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

GHEF2023 Wacana Pasca Pandemik COVID-19

by Myra Hamdi
November 16, 2023
4 min read
6 1
0
GHEF2023 Wacana Pasca Pandemik COVID-19
Share on FacebookShare on Twitter

FORUM Pendidikan Tinggi Global 2023 (GHEF2023) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam (15 November).

Program yang berlangsung selama tiga hari tersebut (sehingga 17 November) melibatkan penyertaan perwakilan daripada pelbagai pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan tinggi dari seluruh dunia.

Para ahli akademik, penyelidik, sarjana muda, pegawai kerajaan, pembuat dasar, badan bukan kerajaan (NGO) dan pemain industri tempatan serta antarabangsa terlibat dalam forum berkenaan.

RELATED STORIES

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

April 28, 2025
Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

April 26, 2025

Antaranya adalah wakil daripada Australia, Chile, China, Finland, Indonesia, Jepun, Pakistan, Palestin, Filipina, Arab Saudi, Thailand, Emiriah Arab Bersatu, Sub-Sahara Afrika, Oman, Uzbekistan dan Korea Selatan.

Barangkali ada sebilangan pihak bertanggapan GHEF2023 sekadar forum pendidikan ‘biasa-biasa’ seperti yang banyak dianjurkan oleh banyak organisasi sebelum ini.

Andaian itu nyata yang silap kerana penganjuran GHEF2023 sangat relevan, mustahak lagi mendesak kerana ia memberi fokus kepada cabaran sektor pendidikan tinggi dalam era pasca pandemik COVID-19.

Tema GHEF2023 ‘Pemulihan Ekuiti – Pendidikan Tinggi Dalam Era Pasca Pandemik’ memberi fokus kepada usaha untuk memajukan dan memelihara semula kesaksamaan dalam sektor pendidikan tinggi.

Seperti semua sedia maklum, COVID-19 adalah pandemik penyakit koronavirus 2019 yang telah menimbulkan begitu banyak kebimbangan dan kekalutan kepada seluruh penduduk dunia.

Ia dilaporkan telah meragut sebanyak 336.8 juta nyawa berdasarkan data baharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan lebih 30,000 daripadanya melibatkan kematian di Malaysia.

Penularan wabak COVID-19 telah memberi kesan langsung kepada ekosistem di seluruh dunia termasuk berkaitan keselamatan, kesihatan, ekonomi dan juga pendidikan.

Malah sehingga hari ini dunia masih merasai kesan akibat pandemik COVID-19.

Dalam aspek pendidikan, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menganggarkan hampir 1.5 juta pelajar di seluruh dunia terjejas ketika pandemik tersebut memuncak.

Selepas pandemik mula terkawal dan sektor pendidikan kembali dibuka sepenuhnya, jumlah pendaftaran dalam kalangan pelajar ke institusi pengajian tinggi pula dilaporkan menurun.

Pandemik yang berlaku itu juga telah mengubah landskap pekerjaan secara global apabila pengurusan industri dan syarikat juga mula beralih kepada komunikasi dalam talian.

Menyebabkan graduan perlu menambah kemahiran dalam aspek digital untuk meningkatkan kebolehpasaran sekali gus membantu mereka dalam menjalankan pekerjaan.

Justeru, isu yang diberi tumpuan pada GHEF2023 sangat signifikan dalam memahami kesan domino pandemik COVID-19 terhadap ekosistem pendidikan tinggi nasional dan global.

Ia memberikan tumpuan akan bagaimana usaha harus digembleng bagi mengelakkan jurang akses, sumber dan peluang pembelajaran terutama bagi pelajar daripada kumpulan terpinggir seperti orang kelainan upaya (OKU), Orang Asli dan keluarga berpendapatan rendah.

Sebagaimana penegasan KPT, ketika sektor pendidikan tinggi dan institusi pengajian tinggi di seluruh dunia sedang bergerak ke arah pemulihan pasca pandemik, usaha memastikan normal baharu serta memupuk ekuiti sosial dan memanfaatkan kumpulan bakat yang pelbagai serta inklusif adalah sangat penting.

Dengan demikian penganjuran GHEF2023 wajar diiktiraf dan diperakui semua kerana pengisiannya tidak bersifat retorik sebaliknya menampilkan wacana yang proaktif, logik, “applicable” dan keterhadapan.

GHEF2023 mengetengahkan 14 penceramah pakar tempatan dan antarabangsa termasuk Pengerusi UNESCO dalam Ekuiti, Keadilan Sosial dan Pengajian Tinggi, Profesor Penny Jane Burke.

Malah Timbalan Speaker Dewan Rakyat Malaysia yang pertama dalam kalangan Orang Asli, Datuk Ramli Mohd Nor turut dijemput menyampaikan ucaptama mewakili suara kumpulan pribumi.

Turut diadakan sebanyak empat sesi perbincangan panel pakar memberi tumpuan kepada sub-tema yang berkaitan tema forum: jurang digital, pekerjaan dan pembangunan bakat, dan kemajuan dasar sosio-ekonomi dan pendidikan tinggi.

Forum itu menyediakan platform untuk ahli akademik, penyelidik serta pelajar Doktor Falsafah dan Sarjana berkongsi idea dan hasil penyelidikan melalui sesi pembentangan kertas kerja yang akan diterbitkan dalam jurnal MyCite dan Scopus Indexed.

Simposium Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bertemakan ‘Impak Pasca Pandemik: Kemasukan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Pendidikan Berkualiti Saksama Dalam Ekosistem TVET’ juga diadakan.

Seperti disebut Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada forum berkenaan, cabaran pandemik COVID-19 yang tidak pernah dialami sebelum ini mendedahkan beberapa kelemahan sistem pendidikan tinggi.

Kata beliau, ia telah menekankan kepada kepentingan untuk mewujudkan sistem pendidikan yang berupaya menahan cabaran luar jangka dan memastikan kesaksamaan untuk pelajar dalam mengharungi episod seumpama itu.

Perbincangan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa perlu diadakan bagi membangunkan pendekatan baharu untuk pengajaran dan pembelajaran yang akan menyumbang kepada pendidikan yang lebih berkesan serta saksama.

“Pertama, apakah cara terbaik untuk merapatkan jurang antara pendidikan dan pekerjaan dari segi sukatan pelajaran.

“Kedua, bagaimana kita meningkatkan kesediaan pelajar untuk masa hadapan tenaga kerja terutama dalam menawarkan pendedahan yang disusun dengan baik dan pengalaman.

“Ketiga, dengan sumber yang sangat terhad, bagaimana kita membina ekosistem yang akan menerima dan mengimbangi tuntutan pendigitalan serta teknologi lain dengan tradisi intelek yang mentakrifkan pendidikan tinggi”, kata Khaled.

Sementara itu, Pemegang Kerusi UNESCO Mengenai Ekosistem Pendidikan Untuk Ekuiti Dan Kualiti Pembelajaran, Hannele Niemi berkata, salah satu isu terpenting yang perlu dilihat jika kesaksamaan pendidikan tinggi mahu dicapai ialah masalah yuran pengajian.

Beliau berkata, yuran pengajian menjadi punca sesetengah pelajar yang kurang berkemampuan meneruskan pendidikan ke peringkat yang tertinggi.

Beliau yang juga pensyarah di University Of Helsinki memberitahu, negaranya Finland memberikan penekanan yang amat tinggi kepada aspek pendidikan percuma.

“Pendidikan tinggi adalah percuma sepenuhnya di Finland untuk setiap pelajar di setiap universiti, kami turut memberikan sokongan secara langsung termasuk pemberian elaun khas dan bantuan penginapan serta lain-lain,” katanya.

Jelas Niemi, dengan sokongan yang tepat dalam satu ekosistem yang baik, kesaksamaan pendidikan kepada pelajar tanpa mengira kedudukan dalam masyarakat akan dapat dicapai.

Previous Post

Johor warta fatwa baharu jarak bermusafir 2 marhalah 81km

Next Post

Cat jalan ‘Glow in the dark’

Next Post
Cat jalan ‘Glow in the dark’

Cat jalan ‘Glow in the dark’

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker