Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 9, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Graduan terima berita duka 15 minit sebelum terima skrol ijazah

by Team Kepochi
November 7, 2023
2 min read
7 0
0
Graduan terima berita duka 15 minit sebelum terima skrol ijazah
Share on FacebookShare on Twitter

Detik kegembiraan graduan yang menunggu giliran untuk menerima skrol Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa bertukar duka apabila menerima berita kematian bapanya, pagi semalam.

Khabar duka itu diterima Haslina Kalang, 23, yang berasal dari Tawau, Sabah kira-kira 15 minit sebelum menaiki pentas di Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke-15 (sidang ketiga), di sini.

Suasana pilu turut menyelubungi di dalam dewan apabila Haslina dipeluk Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan, Prof Madya Dr Syarilla Iryani Ahmad Saany di depan Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Mohd Yusof Noor.

RELATED STORIES

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

April 28, 2025
Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

April 26, 2025

Melalui perkongsian Haslina, dia ada menghubungi ibunya, Kurniati Iskandar, 48, untuk bertanya keadaan bapanya, Kalang Tona, 56, sebelum itu, namun tidak dapat bercakap kerana bapanya sedang mandi.

“Sebelum masuk dewan, saya ada hubungi ibu kerana mahu bercakap dengan ayah, tetapi ibu memberitahu ayah sedang mandi.

“Bagaimanapun, ketika berada dalam dewan dan kira-kira 15 minit giliran naik ke pentas, saya menerima panggilan daripada jiran memaklumkan bapa sudah meninggal dunia,”

Haslina yang juga merupakan anak kedua daripada lima beradik berkata, dia datang ke UniSZA sejak semalam dengan ditemani kakak sulung, Kasnia, 24, untuk mengambil skrol.

Menurutnya, dia memang keberatan untuk datang ke Terengganu, namun bapanya memintanya untuk menghadiri konvokesyen terbabit.

“Bapa diserang angin ahmar pada tahun lalu, namun sejak kebelakangan ini keadaan kesihatannya sedikit merosot kerana sering terjaga pada waktu tengah malam dan sukar tidur.

“Selepas habis belajar di Unisza tahun lalu, saya dan ibu menjaganya. Malah, apa yang menyedihkan saya tidak sempat berkongsi hari gembira ini dengan bapa,” tambahnya.

Jelasnya lagi, dia sepatutnya pulang ke Tawau, esok, namun mengambil keputusan balik bersama dengan kakak dengan segera, hari ini.

“Saya berterima kasih kepada pengurusan UniSZA yang membantu membiayai dengan memberikan RM2,500 untuk kos penerbangan ke Tawau,” ujarnya

Kepochi mengucapkan takziah buat keluarga atas kehilangan seorang bapa, semoga tabah atas ujian yang menimpa.

Previous Post

Negara-negara Arab kutuk kenyataan menteri Israel guna senjata nuklear di Gaza

Next Post

Jemaah umrah Malaysia dinasihatkan supaya patuhi etika yang ditetapkan Kerajaan Arab Saudi ketika menunaikan umrah

Next Post
Jemaah umrah Malaysia dinasihatkan supaya patuhi etika yang ditetapkan Kerajaan Arab Saudi ketika menunaikan umrah

Jemaah umrah Malaysia dinasihatkan supaya patuhi etika yang ditetapkan Kerajaan Arab Saudi ketika menunaikan umrah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker