Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 9, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Negeri Selangor tawar insentif Mamakerja RM1,000 ‘one off’ bagi ibu yang bekerja

by Myra Hamdi
October 26, 2023
2 min read
7 0
0
Negeri Selangor tawar insentif Mamakerja RM1,000 ‘one off’ bagi ibu yang bekerja
Share on FacebookShare on Twitter

Seramai 5,000 ibu bekerja di negeri ini yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga anak berusia 12 tahun ke bawah layak memohon Insentif MamaKerja yang dilancarkan, hari ini.

EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari, berkata ibu yang layak akan menerima insentif berjumlah RM1,000 secara ‘one off’.

“Insentif MamaKerja bertujuan mengangkat martabat wanita bekerja yang mempunyai anak-anak berusia 12 tahun dan ke bawah.

RELATED STORIES

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

April 28, 2025
Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

April 26, 2025

“Bagi menjayakan program ini, RM1,000 akan diberikan kepada seramai 5,000 ibu bekerja bagi meringankan beban penjagaan anak-anak terutamanya dari segi kos,” katanya selepas Majlis Pelancaran Insentif MamaKerja di sini, hari ini.

Beliau berkata, syarat kelayakan bagi pemohon insentif berkenaan adalah wanita bekerja; rakyat Selangor atau bermastautin di negeri ini lebih 10 tahun; mengundi di Selangor; berpendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah.

Katanya, pemohon juga mesti mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); mempunyai sekurang-kurangnya tiga anak berusia 12 tahun ke bawah dan bukan penerima bantuan Skim Bantuan Asuhan Pintar (ASUH PINTAR), Skim Bantuan Tadika (TUNAS) dan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).

Mengulas lanjut, Anfaal berkata sebahagian besar ibu di negeri ini terpaksa memilih antara menjaga anak ataupun bekerja disebabkan kos penjagaan di pasaran adalah tinggi.

“Statistik terkini daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh di Selangor yang rendah iaitu 69.9 peratus.

“Selain itu, Kajian Merdeka Centre dan The Asia Foundation di Selangor pada tahun 2020-2022 menunjukkan wanita bekerja menghadapi cabaraan kos penjagaan anak yang tinggi,” katanya.

Insentif MamaKerja boleh dimohon melalui https://mamakerja.selangkah.my/bermula 1 November. Pertanyaan lanjut berhubung insentif ini boleh diajukan di talian Selcare 1-800-22-6600.

Syarat kelayakan lain seperti berikut:

  • Wanita bekerja dan bermajikan
  • Rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun)
  • Mengundi di Selangor
  • Berpendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah
  • Individu yang mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Bukan penerima bantuan Asuh Pintar, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) dan Tunas
Previous Post

Tip persiapan musim hujan

Next Post

Aktiviti menarik buat kanak-kanak di Muzium Negara

Next Post
Aktiviti menarik buat kanak-kanak di Muzium Negara

Aktiviti menarik buat kanak-kanak di Muzium Negara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker