Konflik peperangan di Gaza, Lubnan semakin sengit

Myra HamdiBerita1 year ago13 Views

Smoke rises above buildings in Gaza City as Israel launches air strikes on the Palestinian enclave on late April 6, 2023. - Several explosions coming from Gaza were heard by AFP journalists on April 6, 2023, night, as the Israeli army said it was carrying out strikes in the area. The Israeli army "is currently striking in the Gaza Strip," read an army statement shortly after AFP heard at least three explosions. A Palestinian security source said the strikes had hit several Hamas training sites. (Photo by MOHAMMED ABED / AFP) (Photo by MOHAMMED ABED/AFP via Getty Images)

Kebimbangan perang Israel-Palestin yang berlaku sehingga kini mungkin berkembang menjadi konflik Asia Barat yang semakin meningkat semalam apabila pejuang Hizbullah menyertai Hamas untuk menentang Israel.

Dalam masa yang sama, Washington memberi amaran mengenai risiko besar kepada kepentingan Amerika Syarikat (AS) di rantau itu apabila sekutunya, Israel terus menggempur Gaza dan kini turut membabitkan sempadan Lubnan.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, seramai 266 rakyat Palestin, termasuk 117 kanak-kanak terbunuh akibat serangan udara Israel dalam tempoh 24 jam di kawasan itu, di mana Israel melaksanakan ‘pengepungan menyeluruh’.

Malah, jet pejuang Israel turut melancarkan serangan udara di pinggir selatan bandar Aitaroun, selatan Lubnan, lapor media negara Lebanon NNA lewat kelmarin.

Sementara itu di negara jiran Syria, di mana penyokong utama Hamas, Iran, mempunyai kehadiran ketenteraan, peluru berpandu Israel membedil Damsyik dan lapangan terbang antarabangsa Aleppo awal kelmarin.

Ia melumpuhkan operasi di kedua-dua lokasi berkenaan dan membunuh sekurang-kurangnya dua pekerja, kata media kerajaan Syria.

Di sepanjang sempadan utara Israel dengan Lubnan, kumpulan Hizbullah yang bertempur dengan tentera Israel untuk menyokong Hamas, menghadapi peningkatan keganasan sempadan paling dahsyat sejak perang Israel-Hizbullah pada 2006. -REUTERS

0 Votes: 0 Upvotes, 0 Downvotes (0 Points)

Follow
Search
TERLEPAS KE?
Loading

Signing-in 3 seconds...

Signing-up 3 seconds...