Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 9, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Transporter dadah ditangkap bawa syabu bernilai RM5.1 juta

by Team Kepochi
October 4, 2023
1 min read
7 0
0
Transporter dadah ditangkap bawa syabu bernilai RM5.1 juta
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang pekerja pendawaian elektrik ditahan bersama 150 bungkusan plastik berisi dadah yang dipercayai syabu bernilai RM5.1 juta dalam serbuan di Bandar Cassia di Batu Kawan, Georgetown, semalam.

Lelaki berusia 34 tahun itu dipercayai bertindak sebagai ‘transporter’ dengan dadah dibawa dibungkus dalam pek menyerupai bungkusan teh, dipercayai bagi mengelirukan pihak berkuasa.

Suspek juga dipercayai datang dari Lembah Klang dan menerima upah RM5,000 untuk membawa dadah menggunakan Perodua Bezza yang disewa.

RELATED STORIES

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

April 28, 2025
Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

April 26, 2025

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin, berkata dalam serbuan sempena Ops Tapis jam 12.50 tengah hari itu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) mengesan suspek memindahkan bungkusan mencurigakan dari kereta jenis Honda HRV yang diparkir di tepi jalan ke dalam Perodua Bezza.

“Pemeriksaan dalam kedua-dua kenderaan menemukan enam guni mengandungi 150 plastik disyaki dadah jenis syabu yang kelihatan seperti bungkusan teh bertulis Guanyinwang dengan anggaran berat keseluruhan 157.18 kilogram (kg).

“Kita percaya bekalan syabu dari Thailand itu dibawa melalui jalan darat untuk diedar sekitar Pulau Pinang sehingga Lembah Klang, dengan jumlah keseluruhan dadah boleh digunakan 926,000 penagih,” ujarnya.

Tambah Kok Chin, polis kini mengesan pemilik Honda HRV di samping menyiasat kemungkinan ahli sindiket lain terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah itu.

“Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau dan kini ditahan reman tujuh hari sehingga 10 Oktober ini untuk siasatan mengikut Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya.

Previous Post

Sekolah, tadika, taska tutup sekiranya IPU 200 

Next Post

Pemilik rumah boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya parking di depan rumah sendiri atau jiran – MBPG

Next Post
Pemilik rumah boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya parking di depan rumah sendiri atau jiran – MBPG

Pemilik rumah boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya parking di depan rumah sendiri atau jiran - MBPG

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker