Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 9, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Info

PKPS 2.0 Peluang Berbakti Kepada Negara

by Team Kepochi
September 28, 2023
2 min read
9 0
0
PKPS 2.0 Peluang Berbakti Kepada Negara
Share on FacebookShare on Twitter

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) sedang melaksanakan Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0.

PKPS 2.0 telah pun bermula sejak 6 Jun lalu dan dijadualkan akan berakhir pada 31 Mei 2024.

Ia bermaksud tempoh pelaksanaan PKPS 2.0 kira-kira 11 bulan. Suatu tempoh yang amat panjang dan penuh rahmah.

RELATED STORIES

Nintendo Switch 2 Tampil Lebih ‘Power’ dengan Spesifikasi Mantap

Nintendo Switch 2 Tampil Lebih ‘Power’ dengan Spesifikasi Mantap

April 26, 2025
10 Yang Menarik Tentang Birkin International Hotel!

10 Yang Menarik Tentang Birkin International Hotel!

April 26, 2025

PKPS 2.0 memberi peluang kepada pembayar cukai untuk berbakti kepada negara.

Berteraskan konsep A.E.S (Awareness, Education, Services), HASiL memberi peluang untuk pembayar cukai memperbaiki rekod pematuhan cukai mereka yang selama ini tidak mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi mana-mana tahun taksiran atau pun telah mengemukakan BNCP, tetapi tidak melaporkan pendapatan yang tepat dan teratur.

Bukan itu sahaja, mereka yang tidak melaporkan pelupusan aset bagi tahun taksiran terlibat juga boleh memperbaiki rekod pematuhan cukai mereka melalui PKPS 2.0.

Untuk rekod, PKPS 2.0 melibatkan semua kategori fail pembayar cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Juga di bawah peruntukan Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (ACKHT) 1976 dan Akta Setem (AS) 1949.

Hanya pembayar cukai bagi kategori Fail Majikan sahaja tidak layak menyertai PKPS 2.0.

Paling menarik, program ini adalah bersifat “penalty-free”. Kadar penalti ditetapkan adalah 0 peratus tertakluk kepada terma dan syarat.

Ini bermaksud mereka yang menyertai PKPS 2.0 tidak akan dikenakan penalti di atas kesalahan-kesalahan mereka.

Mereka hanya perlu membayar sejumlah amaun cukai yang sememangnya dipertanggungjawabkan ke atas mereka.

Jika kita semua berbakti kepada negara dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai, manfaatnya juga dapat kita nikmati bersama.

Hasil daripada cukai digunakan untuk mentadbir dan mengurus sesebuah negara dan juga untuk perbelanjaan pembangunan.

Kerajaan memperuntukkan cukai yang dikutip dibelanjakan bagi tujuan keselamatan, kesejahteraan serta kemakmuran kepada negara dan rakyat.

Begitu juga untuk pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti jalan raya, hospital dan sekolah demi kemudahan rakyat.

Hasil cukai turut digunakan untuk pembangunan ekonomi dan sosial seperti kesihatan, pendidikan dan kebajikan. Bukan itu sahaja, hasil daripada cukai juga diberikan dalam bentuk Bantuan Khas Kerajaan khusus untuk golongan miskin tegar dan kumpulan B40.

Kesemua ini telah, sedang dan akan terus dinikmati oleh setiap rakyat Malaysia hasil daripada hasil cukai.

Bagi yang culas dalam urusan pembayaran cukai, tidakkah anda berasa malu untuk menikmati manfaat cukai sedangkan anda tidak turut serta bersama-sama mereka yang menyumbang kepada negara menerusi cukai yang dibayar?

Kesimpulannya masih ada berbaki banyak bulan lagi untuk anda menjadi wira negara dengan menebus kesalahan anda itu kepada negara.

PKPS 2.0 peluang terbaik untuk kembali menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan berbakti kepada tanah air.

Previous Post

Isu caj sos cili, polis sedang mengesan pelanggan susulan laporan polis dibuat oleh McD

Next Post

Mayat bayi perempuan ditemui dalam tong sampah

Next Post
Mayat bayi perempuan ditemui dalam tong sampah

Mayat bayi perempuan ditemui dalam tong sampah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker