Polis memberkas seorang sami bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan merogol seorang wanita di sebuah kawasan di Puchong, di sini, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, suspek merupakan lelaki warga asing yang berusia lingkungan 40-an.
“Suspek direman selama tujuh hari bermula Ahad lalu hingga Sabtu ini. Setakat ini seorang sahaja mangsa yang membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, media melaporkan, seorang sami warga asing diburu selepas dipercayai merogol seorang wanita warga tempatan di sebuah kawasan di Puchong, kira-kira tujuh tahun lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintenden Izuddin Ab Wahab dilaporkan berkata, laporan dibuat wanita berusia 30-an pada bulan lalu itu mendakwa dirinya diserang secara seksual oleh suspek dan dipaksa melakukan perbuatan itu di dalam kenderaan miliknya.
Katanya, mangsa telah dirakam keterangan dan polis juga sedang mengesan saksi-saksi terlibat untuk membantu siasatan.
Kes disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.