Kesihatan jantung wanita adalah isu yang penting kerana risiko penyakit jantung tidak hanya terhad kepada lelaki.
Wanita juga boleh menghadapi risiko penyakit jantung, dan gejala serta faktor risiko mereka kadang-kadang berbeza.
Antara beberapa perkara yang perlu diketahui mengenai kesihatan jantung wanita adalah faktor risiko, gejala berbeza, langkah pencegahan, cara pengurusan dan penjagaan bagi kesihatan jantung, sokongan emosi pesakit jantung
Faktor risiko penyakit jantung bagi wanita adalah sama seperti pesakit lain, antaranya adalah tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, merokok, diabetes, dan riwayat keluarga yang mempunyai penyakit jantung juga harus diambil kira.
Namun, bagi pesakit wanita, anda mungkin akan mengalami gejala penyakit jantung yang berbeza daripada lelaki. Berkemungkinan anda akan mengalami sakit dada, tetapi juga gejala lain seperti sesak nafas, rasa loya, muntah, dan keletihan yang tidak biasa.
Oleh itu, penting untuk setiap individu untuk menjaga gaya hidup yang sihat dengan pemakanan seimbang, senaman, dan mengelakkan dari merokok.
Selain itu, pemeriksaan kesihatan berkala dan pengurusan faktor risiko juga penting. Sekiranya seseorang itu dianggap mempunyai risiko tinggi, doktor anda mungkin merujuk anda untuk ujian tambahan seperti elektrokardiogram (ECG), ujian stres, atau pengimejan jantung untuk menilai kesihatan jantung anda.
Seorang pesakit wanita yang mempunyai penyakit jantung mungkin memerlukan penjagaan kesihatan jantung berterusan, termasuk ubat-ubatan, rawatan intervensi, atau pemulihan jantung.
Kesihatan jantung juga boleh mempengaruhi kesihatan mental. Oleh yang demikian, sokongan emosi dan pemahaman mengenai impak penyakit jantung adalah penting bagi mengekalkan kesihatan jantung yang baik.
Wanita perlu menjadi proaktif dalam menjaga kesihatan mereka. Dengan mendapatkan pemeriksaan berkala, dan berbicara dengan doktor mereka mengenai sebarang kebimbangan mengenai kesihatan jantung.
Mengetahui faktor risiko dan gejala penyakit jantung adalah langkah pertama yang penting dalam menjaga kesihatan jantung wanita.