Jika anda sukakan masakan Cina, ini adalah berita gembira yang anda nantikan. Mardhiyyah Hotel & Suites, mengalu-alukan semua penggemar makanan di luar sana untuk menikmati All- You-Can-Eat Dim Sum di Restoran Cina Tung Yuen.
Promosi All-You-Can-Eat Dim Sum
Bermula 1 Ogos 2023 hingga 31 Oktober 2023, promosi All-You-Can-Eat Dim Sum menawarkan peluang kepada pengunjung setiap hari bermula jam 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang untuk merasai pengalaman makanan yang baru dan menarik disamping merasai pengalaman hotel patuh syariah ini.
Restoran Halal
Terletak di tengah bandar Shah Alam, Mardhiyyah Hotel & Suites merupakan hotel bertaraf 5 bintang ini telah diperakui oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan melalui Pusat Pelancongan Islam (ITC) sebagai Penginapan Mesra Muslim (MFAR) dalam kategori Platinum. Malah, hotel ini memenuhi kriteria pelancongan yang mesra Muslim, ia juga mempunyai restoran halal disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pengalaman gastronomi yang berbeza
Jika anda menggemari hidangan yang berperisa dan peluang untuk mencuba hidangan yang berbeza, sajian All-You-Can-Eat Dim Sum pastinya berbaloi untuk dinikmati! Ajak rakan anda dan raikan majlis- majlis istimewa kerana anda akan menikmati pengalaman gastronomi yang berbeza.
Pengalaman menjamu selera yang menarik ini cukup terkenal dalam masakan Kantonis, ianya terdiri daripada pelbagai hidangan kecil yang dihidangkan dalam pengukus buluh atau di atas pinggan kecil.
Pelbagai jenis Dim Sum untuk dicuba
All-You-Can-Eat Dim Sum menawarkan peluang untuk menerokai dan menikmati hidangan lazat, terdapat pelbagai dumplings, siew mai, roti gulung dan hidangan lazat dan manis yang lain. Menu dim sum kami menampilkan pelbagai hidangan yang menarik termasuk dim sum kukus dan goreng seperti Traditional Chicken Siew Mai, Prawn Flower Siew Mai, Salted Egg Dumplings, Jade Scallop Dumplings, Crispy Prawn Dumplings with Mayonnaise, Deep Fried Beancurd Roll, Deep Fried Chicken Wings with Marmite Sauce, Chinese Pancake, Chilled Iced Longan dan banyak lagi!
Harga yang Berpatutan
Restoran Cina Tung Yuen membuka konsep makan All-You-Can-Eat Dim Sum yang membolehkan pengunjung menikmati pelbagai jenis hidangan lazat ini dengan tawaran harga yang berpatutan iaitu RM 69.00 (Dewasa), RM 49.00 (Kanak-kanak 6-12 tahun/Warga Emas 60 tahun ke atas)
Untuk tempahan awal atau pertanyaan, sila hubungi 03-5511 8811 samb. 2615 atau Whatsapp 019-261 6847/012-3518284.
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official