Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 9, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Penjawat awam maut selepas bertumbuk

by Team Kepochi
September 4, 2023
3 min read
8 0
0
Penjawat awam maut selepas bertumbuk
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang lelaki dipercayai kakitangan awam dilaporkan maut selepas berlaku pergaduhan di sebuah kedai di Kampung Cabang Sungai Hala, Machang, pagi semalam.

Mangsa yang berusia 50-an dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Saksi kejadian, Zahid Hasran, 28, berkata, dia melihat dua lelaki berkenaan berbual selama 20 minit sebelum salah seorang daripada mereka memukul dan kemudian saling membalas.

RELATED STORIES

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

April 28, 2025
Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

April 26, 2025

Zahid yang juga pekerja di sebuah kedai membaiki motosikal berkata, dalam kejadian pada jam 11 pagi itu, dia melihat sebuah kereta sedang menunggu di hadapan kedai menjual dedak yang terletak bersebelahan dengan tempat kerjanya.

Katanya, pada ketika itu, dia tidak mengesyaki apa-apa, sehinggalah mangsa dan seorang lagi lelaki berbincang secara serius namun tidak mendengar dengan jelas apa yang sedang dibincangkan mereka kerana sedang bekerja.

“Tidak beberapa minit kemudian, saya melihat mereka saling bertumbuk dan saya cuba untuk menghalang pergaduhan itu namun tidak berani mendekati kerana mereka terlalu agresif dan saya memberi amaran mahu menghubungi polis.

“Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak mengendahkan amaran yang diberikan sehingga polis tiba ke lokasi kejadian untuk meleraikan pergaduhan,” katanya ketika ditemui.

Katanya, akibat pergaduhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dihantar menaiki ambulans ke Hospital Machang yang hanya beberapa meter dari lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, saya difahamkan mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya.

Motif kejadian pergaduhan adalah kerana suspek mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata susulan kejadian itu suspek berusia 46 tahun ditahan untuk siasatan lanjut selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang.

“Motif kejadian adalah suspek mengesyaki mangsa yang juga simati ada hubungan sulit dengan isterinya.

“Suspek bekerja disebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur manakala mangsa dan isteri suspek adalah penjawat awam yang bekerja disebuah jabatan yang sama di Kuala Krai,” katanya menerusi kenyataan media.

Mengulas kejadian yang berlaku, Muhamad Zaki berkata, dalam kejadian jam 11 pagi di sebuah kedai makan di hadapan Hospital Machang berlaku satu pergaduhan membabitkan dua lelaki berusia 46 dan 51 tahun.

“Akibat pergaduhan itu, mangsa mengalami kecederaan dan pendarahan serius dibahagian muka.

“Mangsa juga mengalami kecederaan parah di kedua mata dan patah tulang rusuk sebelah kiri. Manakala suspek hanya mengalami kecederaan di kedua belah tangan.

“Pergaduhan berlaku tanpa membabitkan sebarang senjata. Mangsa berusia 51 tahun dibawa ke Hospital Machang oleh ambulans untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Machang untuk bedah siasat.

Tambahnya lagi, siasatan lanjut terhadap suspek dan mangsa mendapati tiada sebarang rekod jenayah.

“Hasil ujian saringan awal terhadap suspek didapati negatif dari sebarang jenis dadah. Kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Machang esok untuk perintah tahanan reman,” jelasnya lagi.

Previous Post

Siri One Piece live-action sudah mula ditayangkan

Next Post

Bakal mertuaku, suamiku

Next Post
Bakal mertuaku, suamiku

Bakal mertuaku, suamiku

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker