Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 9, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Info

Durioo+ guna Ai tutup Aurat

by Team Kepochi
August 30, 2023
2 min read
9 0
0
Durioo+ guna Ai tutup Aurat
Share on FacebookShare on Twitter

Durioo+ merupakan platform penstriman video yang diwujudkan khas untuk kanak-kanak. Antara platform penstriman video kanak-kanak popular lain adalah seperti Youtube Kids & Netflix. Jadi apa yang membezakan Durioo+ dengan platforms penstriman video kanak-kanak yang lain?

Durioo+ sangat istimewa. Jika dibandingkan dengan platform lain, Durioo+ jauh lebih baik & lebih selamat untuk kanak-kanak. Ini kerana kandungan video-video di dalam platform ini dicipta dan ditapis dengan sangat baik untuk memastikan ia sangat sesuai dengan kanak-kanak Islam. Bahkan kanak-kanak bukan Islam juga sesuai untuk menonton video di platform Durioo+.

Pengasas Durioo+, Sinan Ismail melalui laman rasmi facebooknya berkongsi mengenai cara Durioo+ menjadikan kandungan luar lebih baik sebelum disiar dalam Durioo+.

RELATED STORIES

Nintendo Switch 2 Tampil Lebih ‘Power’ dengan Spesifikasi Mantap

Nintendo Switch 2 Tampil Lebih ‘Power’ dengan Spesifikasi Mantap

April 26, 2025
10 Yang Menarik Tentang Birkin International Hotel!

10 Yang Menarik Tentang Birkin International Hotel!

April 26, 2025

Dengan menggunakan teknologi AI, tim mereka melakukan perubahan visual kandungan untuk memastikan pakaian watak dalam filem Cats The Movie lebih sopan.

Jika dilihat pada visual asal, pakaian salah satu watak perempuan dalam filem Cats The Movie dilihat kurang sesuai untuk tontonan umum kanak-kanak Islam. Dengan teknologi AI, tim Durioo+ berjaya menukar pakaian yang kurang sopan kepada pakaian yang lebih baik.

Watak latar sampingan yang dilihat kurang sopan juga berjaya dibuang dari visual asal. Selain itu, perbuatan kurang sopan seperti menjelir lidah juga berjaya ditukar kepada visual yang lebih sopan.

Antara lain yang menarik, skrip alih suara juga ditambahbaik dengan penerapan nilai Islam. Dialog seperti Subhanallah, Alhamdulillah dan lain-lain lagi juga ditambah dalam skrip alih suara untuk memastikan kanak-kanak yang menonton dapat manfaat dari nilai Islam yang diterapkan.

Melalui usaha-ushaa ini, jelas menunjukkan Durioo+ sangat komited untuk menjadikan kandungan yang disajikan selamat dan sangat baik untuk kanak-kanak. Secara tidak langsung, usaha ini sebenarnya mengajak orang ke arah kebaikan.

Mengajak orang ke arah kebaikan sangat disaran oleh Rasulullah. Rasulullah sendiri mengajak orang melakukan kebaikan. Rasulullah bersabda:”Barang siapa mengajak ke arah kebaikan, ia memperoleh pahala sebagaimana pahala-pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan pahala mereka yang mencontohinya itu sedikit pun. Barang siapa mengajak ke arah keburukan, maka ia memperoleh dosa sebagaimana dosa-dosa orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan dosa-dosa mereka yang mencontohinya itu sedikit pun.” (Riwayat Muslim)

Usaha yang sejajar dengan saranan Islam ini wajar diberi pujian. Kesungguhan Durioo+ perlu dicontohi. Syabas Sinan Ismail. Syabas Durioo+

Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official

Previous Post

Cuti @ Mcd tawarkan aktiviti menarik sempena cuti sekolah

Next Post

Lautan Manusia memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2023

Next Post
Lautan Manusia memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2023

Lautan Manusia memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2023

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker