Rumah inap atau homestay berkonsepkan rumah kampung dan suasana yang tenang semakin diminati orang ramai untuk bercuti dengan tenang jauh dari hiruk pikuk di bandar.
Berada di kampung dengan suasana kampung yang mendamaikan, kehijauan alam sekeliling yang memukau pandangan mata dan yang paling penting berada dekat dengan keluarga di kampung pastinya membuatkan ramai yang rindu dengan kampung halaman.
Suasana kampung yang nostalgik mengimbau kenangan diwaktu kecil. Malah ada anak-anak yang tidak pernah merasai kehidupan di kampung, ini menjadikan peluang buat mereka untuk merasainya.
Berikut adalah cadangan beberapa rumah inap yang bertemakan kampung di sekitar Selangor untuk anda berkumpul bersama keluarga atau rakan-rakan.
Homestay Laman Aa’li Imran, Sungai Besar
Terletak di Peket 20 tengah Sg. Haji Dorani dan dikelilingi sawah padi pastinya memberikan pengalaman baru buat anak bandar yang tidak pernah melihat sawah padi.
Malah, lokasinya juga berhampiran dengan pelbagai tempat menarik di Sg. Besar seperti Pasar Jerami, Pantai Batu 23, Kilang Padi dan juga Ladang tebu Aidil pastinya mengisi hari cuti anda dengan lebih meriah.
Rumah inap ini boleh memuatkan 4-5 keluarga pada satu masa. Malah, dilengkapi dengan kemudahan Bbq, laman serta ruang tamu yang luas dan banyak lagi.
Untuk sebarang urusan tempahan atau maklumat lanjut boleh ke https://www.facebook.com/rabiyatul.abdulaziz
RumahKebun@Hulu Langat
Selain dikelilingi sawah padi, percutian bersama keluarga yang bertemankan deruan air sungai juga menjadi pilihan ramai. Oleh itu, Rumah Kebun pastinya menjadi antara tempat terbaik untuk anda sekeluarga.
Terletak di Kampung Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor, sebuah private homestay. Ianya dikelilingi oleh bukit dan alam semulajadi yang menghijau.
Villa yang dibina dengan rekabentuk desa dan minimal pasti membuatkan anda sangat selesa berada disini.
Rumah Kebun ini mampu memuatkan 16 orang pengunjung pada satu-satu masa. Banyak lagi aktiviti dan kemudahan yang disediakan di sini.
Jangan lupa untuk terus ke laman web mereka seperti di bawah sekiranya anda perlukan lebih maklumat.
Kuang Kampung Retreat
Terletak di Sungai Buloh, Selangor dan 30 minit dari Kuala Lumpur jika anda memandu kereta. Rumah inap ini mampu memuatkan 8 orang pengunjung pada satu-satu masa.
Dilengkapi dengan dapur, WiFi, tempat letak kereta percuma, kolam renang dan banyak lagi. Rumah yang dibina dengan senireka rumah kampung tetapi diberi sentuhan moden.
Yang menariknya lagi kolam renang berada di dalam rumah. Dikelilingi dengan pokok-pokok yang menghijau pastinya sangat menenangkan.
Layari link di bawah untuk tempahan dan maklumat lanjut iaitu https://ury1.com/9UVQk
Homestay Dangau Panggung Pak Din KK
Rumah inap berkonsepkan rumah kayu klasik yang pastinya akan menggamit memori sewaktu kecil dahulu terletak di Sungai Sembilang, Jeram, Kuala Selangor, Selangor.
Berada di sini seolah-olah berada di kampung sendiri.
Pelbagai kemudahan yang disediakan di sini termasuklah kolam renang.
Jangan lepaskan peluang anda untuk berkumpul bersama keluarga di sini.
Untuk tempahan boleh terus ke facebook https://www.facebook.com/dangaupanggungpakdinkk/
Rumah inap ala kampung halaman bukan sahaja bagi mereka yang tiada kampung halaman, tetapi juga sesuai untuk mereka yang ingin menenangkan fikiran dengan suasana kampung jauh dari kesibukan di bandar.
Malah, ianya turut menawarkan suasana yang tradisional dan unik. Selain itu, ianya juga dapat mempromosikan budaya tempatan kepada pelancong luar.
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official