Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Thursday, June 26, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Rapid Penang Meraikan Ulangtahun Ke-16 Dengan Program Fun Walk 2023. Meriah, Lebih 300 Peserta sertai Rapid Penang Fun Walk di Georgetown!

by Sonny Ikmal
August 21, 2023
3 min read
11 0
0
Rapid Penang Meraikan Ulangtahun Ke-16 Dengan Program Fun Walk 2023. Meriah, Lebih 300 Peserta sertai Rapid Penang Fun Walk di Georgetown!
Share on FacebookShare on Twitter

Meriah! Rapid Penang, penyedia perkhidmatan pengangkutan di Pulau Pinang, meraikan ulangtahun ke-16 dengan menganjurkan program Rapid Penang Fun Walk 2023. Acara ini berlangsung di Taman Bandar Arkeologi Sia Boey pada 19 Ogos 2023. Lebih 300 peserta yang mana kebanyakannya warga Pulau Pinang menyertai program ini. Tidak ketinggalan, kakitangan Rapid Penang turut menyertai acara ini.

Program sebegini secara tidak langsung dapat mempereratkan hubungan antara Rapid Penang dengan masyarakat, menghargai penumpang setia, serta menunjukkan komitmen Rapid Penang dalam memberikan perkhidmatan terbaik.

Istimewanya pada yang datang awal, Rapid Penang memberikan 500 kon aiskrim, 50 lukisan inai, dan 100 minuman secara percuma.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Dato’ Ir Rajendran P. Anthony, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd, En. Muhammad Yazurin Sallij Muhammad Yasin, Ketua Wilayah Utara Rapid Bus Sdn Bhd, En Ahmad Shabuddin Abdullah, dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, En. Harry Chai Heng Hua, turut hadir memeriahkan sambutan ulangtahun ke-16 Rapid Penang ini.

Dato’ Ir Rajendran dalam ucapannya memuji dan menyambut baik penganjuran program ini sebagai galakan untuk menjalani gaya hidup sihat serta memupuk kesedaran akan pentingnya aktiviti fizikal.

RELATED STORIES

Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

June 7, 2025
Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!

Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!

June 7, 2025

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd, Muhammad Yazurin pula menyatakan harapannya bahawa program ini akan memperkuat hubungan antara Rapid Penang dengan penumpang, sambil menganggap mereka adalah sebahagian dari keluarga besar Rapid Penang.

Antara acara yang ditunggu-tunggu sudah tentulah cabutan bertuah, yang mana Rapid Penang Fun Walk 2023 menyediakan 20 hadiah cabutan bertuah untuk peserta, termasuk hadiah utama berupa basikal lipat. Para peserta turut dihiburkkan dengan persembahan tarian tradisional, boria, dan drama.


Program sebegini sebenarnya bukan sekadar meraikan sambutan ulangtahun, tapi yang lebih penting adalah komitmen Rapid Penang itu sendiri. Komitmen bagi memperkasakan hubungan dengan masyarakat dan menghargai kesetiaan penumpang Rapid Penang. Yang penting, program ini dapat juga mempromosikan gaya hidup sihat kepada warga Pulau Pinang. 

 Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official

Rapid Penang Meraikan Ulangtahun Ke-16 Dengan Program Fun Walk 2023. Meriah, Lebih 300 Peserta sertai Rapid Penang Fun Walk di Georgetown!

Previous Post

“Cats The Movie” diolah guna AI di Durioo+. Ini antara 10 sebab anda kena tonton “Cats The Movie” di Durioo+!

Next Post

Mayat lelaki sedang reput ditemui

Next Post
Mayat lelaki sedang reput ditemui

Mayat lelaki sedang reput ditemui

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal
  • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker