Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Sunday, May 11, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Op Lancar bermula hari ini hingga Ahad sempena PRN

by Myra Hamdi
August 11, 2023
2 min read
13 0
0
Op Lancar bermula hari ini hingga Ahad sempena PRN
Share on FacebookShare on Twitter


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan aliran trafik di lebuh raya utama negara menuju ke selatan, utara dan pantai timur akan meningkat dengan lebih 2 juta kenderaan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri, esok.

Oleh yang demikian, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga Ahad ini bagi memantau dan mengawal kelancaran aliran trafik di enam negeri terbabit PRN iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Timbalan Pengarah (1) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar, berkata JSPT menjangkakan berlakunya pertambahan aliran kenderaan sehingga 1.9 juta kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan 150,000 kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

RELATED STORIES

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

May 11, 2025
Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

April 26, 2025

Oleh itu, fokus utama JSPT adalah untuk memastikan aliran trafik yang lancar dan terkawal bagi semua pengguna jalan raya yang pulang untuk mengundi dan kembali semula ke ibu kota.

“Penugasan JSPT akan menumpu kepada negeri Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan membabitkan lokasi di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan bandaran terutama kawasan hotspot yang berlaku kesesakan.

“Pemantauan juga termasuk susur keluar lebuh raya serta persimpangan yang membabitkan persimpangan lampu isyarat akan dibuat kawalan sekiranya terkesan menyebabkan kesesakan yang melampau,” jelasnya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau juga berkata, seramai 3,000 petugas JSPT melibatkan tenaga kerja daripada semua kontinjen termasuk bantuan sumber manusia daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sudah diatur gerak.

“JSPT berharap kepada semua pengguna jalan raya yang pulang untuk mengundi di negeri yang dituju, selamat ke destinasi masing-masing.

“Sentiasa bertoleransi semasa pemanduan dan mematuhi peraturan lalu lintas serta arahan petugas PDRM di lapangan,” tambahnya.

Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official

Previous Post

Bapa tidak sanggup lihat video anak didera di Taska

Next Post

Altimet menang bergaya di DUN Lembah Jaya

Next Post
Altimet menang bergaya di DUN Lembah Jaya

Altimet menang bergaya di DUN Lembah Jaya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!
  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker