Filem Malbatt: Misi Bakara berdasarkan sebuah kisah benar yang dihadapi Batalion Malaysia (Malbatt) apabila menjadi satu-satunya negara yang berani menawarkan diri dalam usaha menyelamatkan tentera Amerika Syarikat di Somalia apabila helikopter Black Hawk milik mereka ditembak jatuh pada tahun 1993.
Ianya sekali gus mengangkat inspirasi dan nilai patriotisme dalam diri penonton akan mula ditayang di seluruh pawagam bermula 24 Ogos ini.
Pengarah merangkap penerbit filem itu, Adrian Teh berkongsi harapannya agar penonton menghargai pengorbanan dan pahit jerih anggota keselamatan dalam memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan aman.
Filem Malbatt Misi Bakara bakal membawa standard baharu dalam industri perfileman tanah air. Malah dibintangi barisan pelakon hebat, antaranya Adlin Aman Ramli, Fauzi Nawawi, Dafi Ismail, Hairul Azreen, Shaheizy Sam, Bront Palarae, Tony Eusoff, Taufiq Hanafi, Theebaan G dan Dini Schatzmann.
Menelan perbelanjaan sebanyak RM20 juta, secara tidak langsung menjadikan filem ini diantara filem termahal yang pernah dihasilkan di Malaysia. Letupan di dalam filem ini dilakukan secara langsung di hadapan kamera dengan sedikit bantuan imej janaan komputer.
“Letupan yang anda bakal lihat adalah ‘real’ dengan sedikit sentuhan imej janaan komputer (CGI). Memang kebanyakan pelakon merasai pengalaman letupan dengan jarak dekat,” tambah Adrian.
Malbatt Misi Bakara dipersembahkan Tentera Darat Malaysia bersama enam syarikat penerbitan gergasi iaitu Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw.
Filem itu merupakan kisah benar mengenai operasi membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap di dalam perang saudara di Somalia yang juga pernah diketengahkan di dalam filem Hollywood, Black Hawk Down
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official
Saksikan Official Trailer 02 MALBATT: MISI BAKARA –