Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, July 4, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Info

Tanah mendap di Lebuhraya KL-Karak

by Myra Hamdi
July 26, 2023
2 min read
11 0
0
Tanah mendap di Lebuhraya KL-Karak
Share on FacebookShare on Twitter

Kejadian tanah mendap (sinkhole) berhampiran Plaza Tol Bentong di KM 66.2 mengakibatkan penutupan sebahagian Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Selasa malam.

ANIH Berhad, pengendali mengesahkan penutupan sebahagian Lebuhraya di kedua – dua arah melalui perkongsiannya di laman Twitter pada hari yang sama.

Menurutnya lagi, Semua pengguna yang ingin ke Kuala Lumpur dari Kuantan, diarahkan keluar di persimpangan Bentong Timur dan masuk semula di persimpangan Bentong Barat.

RELATED STORIES

Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

June 7, 2025
ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

June 7, 2025

Manakala, pengguna dari Kuala Lumpur yang ingin ke Kuantan akan dilencongkan ke persimpangan Central Spine Road (CSR).

Kenderaan yang menggunakan Central Spine Road (CSR) dari Pantai Timur boleh meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Namun begitu, pengguna dari Kuala Lumpur yang bertujuan ke Gua Musang perlu keluar di persimpangan Bentong Barat dan masuk semula melalui persimpangan CSR Bentong.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan kesemua pengguna dinasihatkan agar menggunakan laluan alternatif . 

Pada waktu siaran maklumat ini, pasukan teknikal ANIH Berhad LPT Ronda dan pihak polis sedang membantu mengarahkan kenderaan untuk menggunakan lencongan laluan alternatif yang disediakan.

ANIH Berhad juga berkongsi peta laluan alternatif, bagi  pengguna lebuhraya untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya kekal sebagai keutamaan.


Pengguna lebuhraya dinasihati untuk mematuhi papan arah serta arahan petugas di lokasi.

Sila rujuk laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik da Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur untuk maklumat lebih lanjut, tepat dan terkini. Maklumat terkini juga boleh didapati dari Youtube @ANIH TV atau hubungi hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT Line di 1-700- 818-700.

Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official

Previous Post

Alami gangguan perkhidmatan atas talian, Maybank mohon maaf

Next Post

Kemalangan melibatkan motosikal URB PDRM di Jalan Klang-Teluk Intan

Next Post
Kemalangan melibatkan motosikal URB PDRM di Jalan Klang-Teluk Intan

Kemalangan melibatkan motosikal URB PDRM di Jalan Klang-Teluk Intan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?
  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker