Pendarahan otak, fahami simptom untuk elak maut & cacat kekal

Myra HamdiKesihatan2 years ago45 Views

Pendarahan Otak atau turut dikenali sebagai pendarahan intraserebrum (ICH) adalah sejenis strok. ICH berlaku apabila darah tiba-tiba pecah ke dalam tisu otak, menyebabkan kerosakan kepada otak.

Darah dari trauma menyebabkan iritasi pada tisu otak, yang mengakibatkan bengkak. Ini dikenali sebagai edema serebrum. Darah yang terkumpul berhimpun membentuk hematoma.

Keadaan ini meningkatkan tekanan ke atas tisu di sekitarnya, akhirnya membunuh sel-sel otak.

Ini adalah kecemasan perubatan yang memerlukan rawatan segera. Kebanyakan pesakit akan mengalami beberapa tahap hilang upaya yang kekal. Namun, sesetengah pesakit sembuh sepenuhnya.

Walau bagaimanapun,terdapat juga beberapa komplikasi yang berkemungkinan berlaku termasuklah strok, hilang fungsi otak, atau kesan sampingan daripada ubat-ubatan atau rawatan.

Kematian mungkin berlaku, dan boleh berlaku dengan cepat walaupun dengan rawatan perubatan yang segera.

Antara simptom umum yang perlu diperhatikan adalah

  • Sakit kepala secara tiba-tiba yang teruk;
  • Lemah pada lengan atau kaki;
  • Loya, muntah;
  • Kecerdasan berkurang;
  • Kesukaran bercakap atau memahami pertuturan;
  • Kesukaran menelan;
  • Kesukaran menulis atau membaca;
  • Masalah penglihatan pada satu atau kedua-dua mata;
  • Hilang keseimbangan dan koordinasi, pening;
  • Sikap tidak peduli, mengantuk, lesu;
  • Hilang kesedaran;
  • Kekeliruan, kecelaruan;
  • Deria rasa yang tidak normal

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai simptom, sila berunding dengan doktor anda.

Sumber : Hello Doktor

Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official

0 Votes: 0 Upvotes, 0 Downvotes (0 Points)

Follow
Search
TERLEPAS KE?
Loading

Signing-in 3 seconds...

Signing-up 3 seconds...