Mayat seorang lelaki yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri ditemukan di kawasan semak berhampiran tempat pembuangan sampah di sebuah syarikat papan lapis, Bintulu.
Ketua Polis Bintulu Supt Batholomew Umpit berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat yang telah reput itu pada jam 3.10 petang.
Ujarnya, mayat mangsa yang reput dan berkepala botak itu berkemungkinan berusia dalam lingkungan 40-an.
“Berdasarkan siasatan, polis mendapati tiada unsur perbuatan jenayah di tempat kejadian,” katanya.
Tambahnya lagi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi balai polis berhampiran, pegawai penyiasat Sgt Ahmad Amir Youb Bahari di talian 013-5653756 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu di talian 086-318304.
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official