Bekas pengendali skuad Harimau Malaya yang juga pengendali Sarawak United B. Satianathan kini dilaporkan meninggal dunia.
Laporan ini telah disahkan oleh Pegawai Media FIFA yang juga merupakan mantan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia – Christopher Raj.
“Berehatlah dengan aman, Anna. Anda telah berjuang dengan baik,” tulis Chris ringkas dalam ciapannya mengenai pemergian Satia di Twitter
Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan Satia mengalami masalah kesihatan dan sejak itu beliau tidak lagi mengendalikan mana-mana pasukan Liga Malaysia
Berdasarkan profil Sathianathan, beliau mula berjinak dalam dunia kejurulatihan pada 1992 apabila membimbing Negeri Sembilan dalam saingan Piala Emas.
Seterusnya beliau menyertai FAM apabila menjadi penolong jurulatih skuad Olimpik negara dari 1997-1999 dan 2002-2004.
Kemuncak kariernya sudah pasti ketika dilantik sebagai pengendali skuad Harimau Malaya 2007-2009 selain sebelum itu turut melatih skuad B-23 tahun negara dengan berjaya menghadiahkan kejuaraan antarabangsa apabila menjuarai Pestabola Merdeka pada 2007.
Dalam saingan Liga M, bekas pemain negara itu turut cemerlang membawa beberapa pasukan termasuk Kelantan dengan menjuarai Piala Malaysia pada 2010, Angkatan Tentera Malaysia (juara Liga Perdana 2012), Felda United (juara Liga Perdana 2018).
Selain itu, beliau turut dinobatkan jurulatih terbaik sebanyak tiga kali (2010, 2012, 2017) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan.
Sumber: Semuanya BOLA Harian Metro
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official