Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 9, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Bomba jumpa beg milik mangsa nahas kepala air

by Myra Hamdi
July 11, 2023
2 min read
4 0
0
Bomba jumpa beg milik mangsa nahas kepala air
Share on FacebookShare on Twitter

Tragedi kepala air yang berlaku baru-baru ini telah meragut nyawa sembilan keluarga dan juga seorang lelaki. Kesemua jenazah yang ditemui telah selamat dikebumikan dan usaha pencarian seorang lagi mangsa masih diteruskan.

Malah, khidmat anjing pengesan juga turut digunakan dalam usaha mencari satu-satunya mangsa yang masih hilang, iaitu Putri Nor Fatin Karim,14.

Dalam pada itu, sebuah beg sandang jenama Gregory berisi wang dan dokumen penting dipercayai milik Karim Abdullah, 39, mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman ditemukan pasukan pencarian, semalam. 

RELATED STORIES

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

April 28, 2025
Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

April 26, 2025

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata turut ditemukan dalam beg sandang hitam itu ialah tanda nama “Fatin” dipercayai milik Putri Nor Fatin Karim, selain wang tunai sebanyak RM1,279, kad perkahwinan, jam tangan, telefon bimbit dan seutas kalung.

Ujarnya, beg itu ditemukan di tebing pasir pada jarak dua kilometer dari lokasi kejadian pada 12 tengah hari semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat satu beg duit di dalamnya jenama Michael Kors berwarna hitam yang mengandungi pelbagai dokumen peribadi dan barangan berharga milik mangsa, antaranya kad pengenalan dan MyKid (anak-anak) dan beberapa keping kad bank,” katanya dalam kenyataan. 

Tambahnya, barangan itu akan diserahkan kepada waris mangsa dalam masa terdekat.

Pada 1 Julai lepas, Karim dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta tujuh anak mereka dari Felda Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang pergi berkelah ke jeram berkenaan yang turut disertai Muhammad Fikri Saliman, 24, dari Batu Pahat, Johor. 

Kesemua mereka dipercayai dihanyutkan arus deras kepala air dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan polis keesokkan harinya selepas penemuan mayat Azizah yang terapung dibawa arus sungai sejauh 24 km dari lokasi kejadian dan anaknya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, dua km dari lokasi kejadian. 

Operasi SAR masih diteruskan setelah seminggu dari hari kejadian dengan skala lebih kecil dan secara pemantauan harian oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh dan BBP Chukai serta agensi penyelamat yang lain.

— BERNAMA

Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official

Previous Post

Stokin kesihatan palsu

Next Post

Mangsa langgar lari cedera bergesel dengan kereta

Next Post
Mangsa langgar lari cedera bergesel dengan kereta

Mangsa langgar lari cedera bergesel dengan kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker