Seorang lelaki maut kerana rentung dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Seri Puchong, awal pagi tadi.
Pengarah Bomba Negeri (PBN) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.30 pagi dan tiba di lokasi 10 minit selepas itu.
Tambahnya lagi, kejadian melibatkan sebuah rumah dua pintu di atas tanah lot yang terbakar 90 peratus.
Bagaimanapun kata beliau, api berjaya dikawal jam 3.11 pagi oleh pihak bomba.
“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian, terdapat seorang mangsa lelaki berusia 37 tahun ditemui rentung.
“Proses untuk mengambil mayat dilakukan dan dihantar ke hospital untuk proses selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official