Seorang lelaki berusia 60 tahun ditemukan meninggal dunia di atas bumbung sebuah rumah di Kawasan Pekan Jabi, Segamat, semalam.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, lelaki tersebut itu dipercayai meninggal dunia, ketika sedang cuba membaiki bumbung rumah berkenaan yang juga merupakan rumah ibunya.
Hasil maklumat yang diterima, polis mengesahkan mengenai penemuan mayat berkenaan di atas bumbung sebuah rumah di Jalan Buloh Kasap, Kawasan Pekan Jabi, semalam.
“Lelaki tersebut yang dipercayai sedang membaiki bumbung rumah ibunya itu. Namun, rebah secara tiba-tiba dan disahkan meninggal dunia.
“Mayat lelaki berkenaan kemudiannya telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS), bagi tujuan bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.
Sementara itu Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, Pegawai Bomba Kanan II, Kenny Ismol Mohd Nor Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung perkara berkenaan melalui talian terus ke balai pada 12.38 tengah hari pada Khamis.
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official