Berikutan isu tular di laman sosial mengenai kedudukan solat Jumaat di Masjid Sungai Ramal Luar di Kajang selepas khatib tidak menyebut Takwa.
Para jemaah solat Jumaat di Masjid Sungai Ramal Luar di Kajang dekat sini pada hari Jumaat, 23 Jun lalu perlu menggantikannya dengan qada solat zuhur.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata, ini berikutan kesilapan khatib jemputan yang tidak menyebut kalimah Takwa yang merupakan salah satu daripada rukun khutbah Jumaat.
Berdasarkan rukun khutbah Jumaat, mengkehendaki dimulakan dengan memuji Allah dan diikuti selawat ke atas Nabi Muhamad SAW sebelum disusuli wasiat kepada para jemaah dengan ungkapan “bertaqwalah kamu kepada Allah”.
Ujarnya lagi, semakan juga mendapati khatib tersebut tidak menggunakan teks yang disediakan JAIS bagi khutbah kedua.
“JAIS yang menerima aduan berhubung perkara tersebut telah membuat semakan dan mendapati khatib jemputan tidak menyebut kalimah Takwa.
“Maka solat Jumaat pada 23 Jun lalu di masjid tersebut adalah tidak sah. Justeru, jemaah yang hadir perlu qada solat zuhur,”
Selain itu, rukun berkaitannya juga adalah membaca satu ayat al-Quran pada khutbah yang pertama atau kedua dan diakhiri mendoakan setiap muslim pada khutbah yang kedua.
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official