Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Sunday, May 11, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

STR Fasa 3 masuk mulai Isnin ini

by Myra Hamdi
June 22, 2023
2 min read
5 0
0
STR Fasa 3 masuk mulai Isnin ini
Share on FacebookShare on Twitter

Lebih 8 juta golongan B40 yang layak bakal menerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 (STR 3) mulai Isnin ini secara berperingkat hingga 5 Julai. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata, kerajaan memutuskan pembayaran STR 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan depan.

Tambah beliau, pembayaran ini membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion yang mana penerima akan menerima antara RM100 hingga RM1,300 berdasarkan kelayakan masing-masing.

RELATED STORIES

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

May 11, 2025
Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

April 26, 2025

Ini adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, fasa pertama dan kedua STR telah disalurkan pada bulan Januari dan April lepas.

Menurutnya, ketiga-tiga fasa STR ini melibatkan peruntukan pembayaran berjumlah RM5 bilion bagi tahun ini, manakala pembayaran fasa keempat STR dijangka pada bulan November depan.

Ujarnya lagi, status kelulusan STR 3 akan dibuka untuk semakan mulai 26 Jun ini. Sebagai langkah memastikan program STR 3 ini disasarkan kepada mereka yang layak, tempoh permohonan rayuan juga akan dibuka mulai 3 hingga 31 Julai ini.

“Bagi permohonan yang ditolak, pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM),” katanya.

Bagi penerima STR 3, mereka yang mempunyai akaun bank, bayaran dikreditkan terus ke akaun bank dalam tempoh 26 Jun hingga 5 Julai ini, manakala bagi mereka yang tiada akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak), pembayaran tunai dilaksanakan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 26 Jun ini.

Maklumat lanjut berkaitan pembayaran STR 3 ini boleh dilayari di Portal Rasmi STR.

Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official

Previous Post

Pendaftaran eBelia Rahmah dibuka mulai 26 Jun

Next Post

Cabaran dan Peluang: Isu Pekerjaan dan Pengangguran di Malaysia

Next Post
Cabaran dan Peluang: Isu Pekerjaan dan Pengangguran di Malaysia

Cabaran dan Peluang: Isu Pekerjaan dan Pengangguran di Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!
  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker