Jaguh basikal negara, Datuk Azizulhasni Awang berjaya merampas semula pingat emas acara pecut individu elit lelaki pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan pada Jumaat.
Azizulhasni yang kini berada di momentum terbaik menghadapi saingan di peringkat separuh akhir dan final selepas mencatatkan masa 9.523 saat (s) untuk menduduki tangga pertama peringkat kelayakan pada Khamis.
The Pocket Rocketman ini menyingkirkan seorang lagi pelumba handalan Jepun, Kento Yamasaki di peringkat separuh akhir – juga dengan keputusan 2-0.
Catatan yang dilakukan Azizulhasni itu berjaya mengatasi rekod kebangsaan 9.548s yang dilakukannya pada Kejohanan Dunia 2020 di Berlin, Jerman serta merta menjadikan beliau kembali memegang gelaran Raja Pecut Asia.
Tambahan lagi, catatan terbarunya itu juga menghampiri rekod Asia yang dipegang pelumba sensasi Jepun, Yuta Wakimoto iaitu 9.518s yang diciptanya pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Melalui kemenanganya itu, Azizulhasni telah merekodkan 11 pingat emas di pentas ACC setakat ini, sekali gus mencipta sejarah tersendiri pada kejohanan berprestij Asia itu.
Azizulhasni berpeluang menambah kilauan pingat emas apabila turun bertanding dalam acara kegemarannya, keirin yang berlangsung pada Ahad.
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official