Zlatan Ibrahimovic telah mengumumkan persaraannya daripada bola sepak pada usia 41 tahun.
Pemain kelahiran Sweden itu pernah bermain untuk beberapa kelab ternama seperti Ajax, Barcelona, Paris Saint Germain (PSG) dan Manchester United. Kelab terakhirnya kini adalah AC Milan.
Ibrahimovic membuat pengumuman di padang San Siro selepas perlawanan terakhir AC Milan di Serie A.
Ibrahimovic kelihatan beremosi ketika pengumumkan persaraannya itu. Dia meninggalkan padang sambil diberi penghormatan oleh rakan sepasukannya.
Sepanjang kariernya, dia telah bermain sebanyak 988 perlawanan. Sepanjang 988 perlawanan dia telah menjaringkan 573 gol serta sudah mengecapi 32 kejuaraan termasuk kejuaraan liga bersama Ajax Amsterdam, Intern Milan, AC Milan, Barcelona dan PSG.
Gol ‘bicycle kick’ dia ketika mewakili Sweden menentang England akan diingati sebagai antara gol terbaik dalam sejarah bola sepak.
Kebolehan Ibrahimovic menjaringkan gol dari pelbagai keadaan menjadikan penyerang nakal itu unik. Karakter dia di dalam dan luar padang juga sentiasa memberi motivasi kepada kelab yang diwakilinya.
Selamat bersara sang lagenda.
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official