Baru-baru ini hangat diperdebatkan dalam kalangan netizen apabila Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menyarankan agar anak-anak dididik untuk mencuci tandas di sekolah.
Ketika berucap pada Majlis Peramian D’Anjung Selera Madani di Bandar Tun Razak pada Sabtu lalu, beliau telah membuat teguran mengenai tahap kebersihan kebanyakkan tandas di sekolah di negara ini mengecewakan dan tidak terjaga.
Malah, beliau juga turut mengingatkan supaya murid-murid sekolah tidak mengambil mudah isu kebersihan serta keselesaan tandas.
Seperti mana yang kita ketahui, Islam juga turut menitikberatkan mengenai menjaga kebersihan. Malah ianya dituntut bukan sahaja terhadap diri kita sendiri, bahkan persekitaran di sekeliling kita juga merupakan tanggungjawab kita untuk menjaganya.
Budaya menjaga kebersihan ini sememangnya wajar kita contohi dan diterapkan pada anak-anak. Sebagai contoh, para pelajar di jepun diajar untuk membersihkan kelas dan kemudahan yang lain bagi membentuk generasi masa hadapan yang berdisiplin dan menjaga kebersihan.
Hakikatnya, pendidikan asas ini bermula dari rumah. Ibu bapalah yang seharusnya menjadi teladan yang baik buat anak-anak dalam aspek kebersihan ini. Walaupun anak-anak sudah dididik di sekolah cara menjaga kebersihan, namun apabila pulang ke rumah, ibu bapa tidak menunjukkan teladan yang baik, maka didikan kebersihan di sekolah sudah menjadi sia-sia.
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official