Kehadiran pelakon terkenal India Selatan, Yogi Babu dan Vijay Sethupathi yang terlibat dengan penggambaran di Ipoh mencuri tumpuan ramai. Rata-rata yang menyedari kehadiran mereka tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dan bergambar dengan mereka. Kehadiran mereka juga mendapat sambutan baik di laman sosial.
Penggambaran filem terbaharunya itu telah selama hampir 35 hari telah mendapat sokongan penuh kerajaan Perak.
Kira-kira 90 orang kru produksi dari India akan melakukan penggambaran sekitar negeri itu
Penasihat Khas kepada Exco Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, K Novinthen berkata pihaknya amat mengalu-alukan kehadiran Vijay Sethupathi yang juga memiliki peminat dari seluruh dunia.
Watak lucu Yogi Babu cukup dikenali di Malaysia dan antara filemnya yang diingati ramai adalah filem Mandela yang boleh ditonton di Netflix
Kedua-dua pelakon ini pernah bersama-sama berlakon dengan pelakon popular Shah Rukh Khan dalam filem Jawan.
Sumber : Malaysia Gazette
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official