Siapa sangka, filem cereka Malaysia hasil arahan pengarah tempatan, Amanda Nell Eu kini telah mencipta sejarah sebagai filem pertama yang berjaya memenangi hadiah utama di 62nd International Cannes Critics’ Week, sempena anugerah berprestij dunia, Festival Filem Cannes.
Filem Tiger Stripes mengisahkan tentang Zaffan, seorang remaja berusia 12 tahun yang berjuang untuk memahami tubuhnya dalam proses akil baligh dan kemudian bergelut dengan perubahan fizikal dirinya.
Filem yang dibintangi pelakon ternama Fatimah Abu Bakar, June Lojong dan Shaheizy Sam turut dibintangi oleh pendatang baharu iaitu Zafreen Zairizal, Deena Ezral, dan Piqa.
Amanda membawa pulang wang tunai sebanyak €10,000 (RM49,622) dan berkongsi kegembiraannya melalui posting Instagram miliknya dan memberikan penghargaan dengan anugerah yang diterima.
Sumber : World Of Buzz
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official