WhatsApp telah mengumumkan anda kini boleh menyunting (edit) semula mesej yang telah di hantar melalui WhatsApp. Ciri terbaru ini membolehkan pengguna memperbetul semula maklumat atau ejaan pada mesej tersebut tanpa perlu memadam mesej tersebut.
Pengguna hanya ada masa selama 15 minit sahaja selepas mesej dihantar untuk menyunting mesej yang telah dihantar. Selepas 15 minit, anda perlu memadam jika mahu mengubah mesej yang telah dihantar.
Cara untuk menyunting mesej yang telah dihantar, tekan lama butang pada mesej yang ingin disunting. Edit yang muncul apabila anda menekan lama pada mesej berkenaan. Seterusnya, anda boleh menyunting mesej terbabit. Perlu diingatkan, mesej sendiri sahaja yang boleh disunting. Mesej pengguna lain tidak boleh.
Pihak WhatsApp kini telah pun mula menawarkan ciri tersebut kepada pengguna-pengguna global secara berperingkat. Bagi yang masih belum menerimanya setakat ini anda perlu menunggu sedikit masa lagi.
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official