Seorang ibu berusia 33 tahun dituduh melakukan amang seksual terhadap dua anaknya. Dua anaknya itu masing-masing berumur 12 & 14 tahun. Kejadian dikatakan berlaku pada November lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata siasatan terhadap suspek berusia 33 tahun itu telah dilengkapkan dan pihaknya mendapat arahan untuk menuduh wanita berkenaan.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di puncak alam.
Wanita itu ditahan di kediamannya di Puncak Alam, Kuala Selangor, pada 2 Mei selepas polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendapat maklumat mengenai perbuatan itu menerusi sebuah video yang diperoleh daripada individu tidak dikenali.
Wanita itu akan didakwa pada bulan ini
Sumber: Berita Harian