Sinonim apabila bermulanya musim cuti sekolah, setiap ibu bapa akan merancang untuk melakukan aktiviti keluarga bersama-sama.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) akan diadakan bermula 26 Mei hingga 4 Jun 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) boleh dijadikan salah satu itinerary yang menarik pada cuti sekolah kali ini. Terutamanya buat ibu bapa yang perlu bekerja dan menetap di sekitar Lembah Klang.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang berlangsung di beberapa lokasi dalam WTCKL. Antaranya, pelancaran buku di pentas utama, acara pentas rehat dan baca bersama para penerbit, penulis swaterbit, penulis ilustrator, pelukis komik, editor dan ramai lagi penggiat industri buku, ruang MANDIRI [DI] PBAKL bagi para penulis persendirian yang terbit buku sendiri, pembikin zine, illustrator, dan pengusaha buku foto dan COSPLAY @ PBAKL.
Lokasi WTCKL yang berdekatan dengan tempat-tempat riadah yang menarik antaranya Taman Tasik Titiwangsa, Taman Burung Kuala Lumpur, Taman Rama-Rama, Taman Botani Perdana dan Dataran Merdeka dapat menjadikan cuti sekolah anak-anak lebih seronok.
Namun, perlu diingatkan buat ibu bapa untuk mengawasi anak-anak ditempat umum dan sentiasa memastikan anak-anak tidak terdehidrasi.
Follow media sosial untuk maklumat lanjut mengenai PBAKL 2023