Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 9, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Hiburan

6 SEBAB ANDA KENA TONTON SMALL TOWN HEROES!

by mykepochi.com
December 14, 2022
3 min read
14 0
0
6 SEBAB ANDA KENA TONTON SMALL TOWN HEROES!
Share on FacebookShare on Twitter

Saya secara peribadi sangat teruja bila menonton filem kanak-kanak. Pada saya ia sebuah filem mudah hadam. Angkatlah pemikiran setinggi mana pun dalam filem sebegitu, akhiran cerita pasti sangat menyenangkan.

Seperti zaman kecil saya yang sederhana, saya sangat menghargai momen kanak-kanak. Malah saya berulang kali percaya, pada zaman kecil setiap kali kita jatuh yang luka hanyalah tubuh badan, bukannya hati.

Namun bila saya menonton Small Town Heroes, ada kelainan yang dibawa.

RELATED STORIES

Mariam – Ringkas Tapi Sarat Dengan Emosi

Mariam – Ringkas Tapi Sarat Dengan Emosi

April 26, 2025
Dongeng Sang Kancil, Apa Yang ‘Best’?

Dongeng Sang Kancil, Apa Yang ‘Best’?

March 13, 2025

Filem ini bukan lagi bersoal jawap dengan tubuh yang luka kerana jatuh, tetapi membawa kehangatan bila watak kanak-kanak itu luka dihati. Proses untuk merawat luka inilah yang membawa penonton larut dalam cerita.

Filem Small Town Heroes ini merupakan filem dibawah skim Wajib Tayang FINAS Malaysia  dan mula ditayangkan pada 3 Feb 2022. 



6 SEBAB ANDA KENA TONTON SMALL TOWN HEROES!

  1. NASKAH YANG BAIK – Jujur ini sebuah naskah yang baik. Lomo Pictures  melalui pengarahnya Ryon Lee berjaya menggarap isu-isu kecil lagi remeh pada orang dewasa namun berat pada kanak-kanak. Walaupun bahasa utamanya adalah Mandarin, namun Bahasa Melayu dan Inggeris juga muncul di mana-mana. 
  2. LATAR SAMBUTAN TAHUN BARU CINA- Filem ini menggunakan latar sambutan Tahun Baru Cina sebagai transisi cerita. Dua kali sambutan dalam jarak masa berbeza itu memang mengundang air mata. Cerminan kepada kedewasaan dan kematangan kita mendepani perubahan. Banyak yang pada dulu kita dianggap pelik lagi berdosa, namun kita wajar menerima hakikat bahawa realiti berasimilasi dengan cara berbeza. Cinta terutamanya!
  3. FILEM KELUARGA MALAYSIA- Kepelbagaian watak dari pelbagai bangsa, waima warna kulit menawarkan set sudut pandang yang kemas. Semua dari kita berkongsi masalah dan kita perlu selesaikannya bersama-sama. 
  4. LAKONAN KANAK-KANAK & SINEMATOGRAFI YANG BAIK- Jujur juga bahawa saya sangat kurang mengenali pelakon-pelakon yang ditampilkan. Namun menikmati Small Town Heroes dengan sinematografi yang baik serta adunan pelakon yang harmoni, cukup mengesankan. Watak anak-anak kecil itu hidup malah memberi nafas bahawa kita ada pelakon kanak-kanak bukan Melayu yang baik. Kita tidak pernah kalah sebenarnya.
  5. LAKONAN PERTAMA LAYLA SANIA- Keterujaan saya pastinya kepada Layla Sania  yang membawa watak seorang guru tuisyen yang mulanya di lihat kontras. Ini filem lakonan beliau yang pertama. Pada saya ia pelaburan yang menjadi. Apapun ia percubaan yang baik malah ia wajar ditambah lagi. Barulah bervariasi filem Malaysia. 
  6. PENAMPILAN ISTIMEWA SENIWATI FAUZIAH NAWI- Watak seorang gadis melayu bertudung dalam komuniti Cina memang menjadi perhatian. Namun bila Layla Sania mula memperlihatkan kematangan serta berbahasa Mandarin dengan baik, fahamlah kita inilah realiti keluarga Malaysia yang sebenar. Ditambah lagi dengan watak ini berkonflik dengan pelakon senior yang sedia teruji, Fauziah Nawi . Walaupun Penerima Anugerah Sepanjang Zaman dalam FFM 31 ini muncul dalam beberapa babak, namun cukup menimbulkan resah. 

Tanpa mahu merosakkan persepsi anda pada filem ini, saya pendekkan tulisan ini. Hanya jika berkelapangan berkunjunglah ke pawagam berdekatan. Tonton sambil mengenang zaman kecil kita yang cukup sederhana itu. Hanya kali ini kita faham bahawa ada antara kita di zaman kecilnya jatuh –  luka di tubuh dan di hati. 

Ada juga yang terus jatuh – cinta.

SMALL TOWN MULA DITAYANGKAN DI PAWAGAM BERMULA 3 FEB 2022

Kredit: Syirfan Indra

Previous Post

JOM MAKAN Chinese Food Tahun HARIMAU di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Next Post

Dinosaur Serang Zoo Melaka! 5 Sebab Anda Kena Pergi!

Next Post
Dinosaur Serang Zoo Melaka! 5 Sebab Anda Kena Pergi!

Dinosaur Serang Zoo Melaka! 5 Sebab Anda Kena Pergi!

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker