Tahniah Neelofa & PU Ris! Siapa Bilal?

KamaroolBerita3 years ago2.2K Views

Akhirnya pelakon, pengacara dan usahawan terkenal di Malaysia selamat melahirkan anak sulongnya semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Neelofa selamat melahirkan anak lelaki pada jam 3.44 petang.

Hal ini diumum sendiri Neelofa menerusi instastory miliknya awal pagi tadi.

Rata-rata peminat nyata teruja dengan khabar gembira dan meluahkan ucapan tahniah di laman media sosial.

Neelofa dan suaminya iaitu pelakon dan penceramah, Muhammad Haris Mohd Ismail menamakan anak mereka Muhammad Bilal.

Mengikut islam, Bilal bin Rabah merupakan sahabat Nabi Muhammad’s saw dan merupakan muazin pertama yang dipilih baginda sendiri.

Bilal dilahirkan di Mekah pada 5 Mac 580M, bersamaan dengan 1 Jamadil Awal 44SH. 

Beliau dibesarkan di Mekah sebagai seorang hamba yatim Bani Jumah yang berada bawah jagaan Umaiyah bin Khalaf

Setelah Rasulullah s.a.w menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal menjadi antara individu yang paling awal memeluk Islam. 

Sekali Lagi Tahniah Neelofa & PU Ris!

Previous Post

Next Post

Follow
Search
Loading

Signing-in 3 seconds...

Signing-up 3 seconds...