Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Sunday, May 11, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Karya

Video Puisi, Sastera Era Digital? Semakin Popular di Media Sosial

Ekspresi perasaan melalui video puisi, termasuk perasaan cinta

by Sonny Ikmal
April 2, 2021
2 min read
45 0
0
Share on FacebookShare on Twitter

Puisi karya-karya A Samad Said, Usman Awang sememangnya tidak lenyap ditelan zaman dan masih dikenang-kenang. Tidak dapat dinafikan puisi merupakan susunan bait-bait indah menerusi setiap helaian warkah.

Sebenarnya bukan tinggi laras bahasa yang dicari tetapi ianya adalah ekspresi luahan hati. Dendangan sebuah puisi indah adakalanya dapat mengubat kesunyian pada malam yang sepi. Dalam situasi semasa kini, tiada lagi pesta puisi untuk kita hadiri. Boleh dikatakan kini semuanya dihujung jari, maka muncullah terma baharu video puisi sastera era digital.

Puisi Era Digital

Hanya perlukan gajet, telefon pintar dengan akses internet. Boleh jadi puisi anda popular di ruang media sosial atau anda sekadar menghayati karya-karya puisi yang dievolusikan dengan elemen multimedia iaitu video dan audio bacaan puisi. Semua ini boleh dihayati, ditonton terus dengan hanya beberapa sentuhan dan klik pada skrin telefon anda. Terima kasih kepada pelbagai platform aplikasi media sosial.

Antara yang terus memartabatkan sastera dengan karya-karya puisi adalah Karim Mohd, Aliff Awan, Jack Malik dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama). Jadinya, kita masih berpeluang menikmati sastera, prosa indahnya bahasa dan puisi di zaman digital ini.

RELATED STORIES

Mak, Hari Raya & Gigi

Mak, Hari Raya & Gigi

April 26, 2025
Ibu, Cahaya Hati

Ibu, Cahaya Hati

May 12, 2024

View this post on Instagram

A post shared by bella (@bellarossd)

Video Puisi

Sekiranya anda tegar melayari media sosial, kemungkinan anda pernah menonton video-video bacaan puisi cinta yang adakala membangkitkan semangat setelah putus cinta. Tapi, anda mungkin tidak mengenali Bella Rosdi. Namun si gadis empunya akaun instagram Bellarossd ini aktif memuatnaik video bacaan puisinya. Video puisinya boleh dikatakan minimalis dan mudah dicerna dengan tema yang semestinya disukai ramai, iaitu cinta. Bukan kemasyhuran yang dipinta tetapi ia seakan sebuah perkongsian untuk membangkitkan semangat bagi yang menonton.


 

 

Untuk pertama kalinya, Bella Rosdi bersama dengan videografer Syazwan Misran menghasilkan video puisi berjudul “LARA”. Jangan lupa saksikan karya mereka di akaun instagram Bellarossd dan di Facebook Mykepochi kelak.


View this post on Instagram

A post shared by bella (@bellarossd)

Kebangkitan video puisi di Instagram juga membuktikan inilah platform baru mengabadikan karya puisi, sebagai bentuk seni sastera moden. Lonjakan video puisi baru-baru ini yang terdapat di Instagram sememangnya meningkatkan penjualan buku-buku puisi. Ternyata sastera khususnya puisi pastinya tidak akan mati; hanya bahawa mediumnya mungkin berubah sedikit. Diharap apa yang dikatakan video puisi sastera era digital ini membangkitkan kecintaan terhadap puisi seterusnya karya sastera dapat dididik bermula dari kanak-kanak lagi.

Terus bersama www.mykepochi.com

 

 

Tags: a Samad saidAliff awanBella rosdijack malikkarim mohdpuisisasterausman awangvideo puisi
Previous Post

Skizofrenia, gila atau tekanan? Mami Sera kongsi pengalaman – “Saya nampak diri sendiri bunuh diri!”

Next Post

Bayar saman mudah dan cepat, tak payah beratur panjang

Next Post
Bayar saman mudah dan cepat, tak payah beratur panjang

Bayar saman mudah dan cepat, tak payah beratur panjang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!
  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker