Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Sunday, May 11, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Info

Skizofrenia, gila atau tekanan? Mami Sera kongsi pengalaman – “Saya nampak diri sendiri bunuh diri!”

"Awak nak tunggu saya bunuh diri baru awak nak percaya sakit saya teruk?”

by Norasikin Ariffin
March 24, 2021
3 min read
40 0
2
Share on FacebookShare on Twitter

“Kenapa? Awak nak tunggu saya bunuh diri baru awak nak percaya sakit saya teruk?”

Itu yang selalu dijawab kepada setiap persoalan yang dilemparkan kepada pesakit skizofrenia. Ramai yang masih tidak sedar dan percaya bahaya skizofrenia hanya penyakit biasa-biasa.

Menerusi satu video yang telah dimuat naik di Youtube, wanita yang dikenali Mami Sera telah berkongsi pengalamannya sebagai penghidap skizofrenia.

RELATED STORIES

ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

May 11, 2025
Nintendo Switch 2 Tampil Lebih ‘Power’ dengan Spesifikasi Mantap

Nintendo Switch 2 Tampil Lebih ‘Power’ dengan Spesifikasi Mantap

May 11, 2025
https://youtu.be/FPQkCyGOfi8

Siapa sangka dalam keadaan dunia yang semakin moden, semakin ramai sebenarnya terjerat dengan masalah kesihatan mental. Skizofrenia adalah salah satu penyakit yang disebabkan tekanan perasaan yang terlampau. Percaya atau tidak, hampir setengah juta penduduk di Malaysia mengalami masalah mental dan angka tersebut tidak mustahil akan terus menaik jika dilihat situasi pandemik ini.

Sera atau nama sebenarnya Syahira Omar menekankan bahawa sakit berkaitan mental ini bukan suatu penyakit yang boleh dilihat kerana ianya tiada luka dan tidak berdarah. Tidak dapat dinafikan, penerimaan masyarakat di luar sana masih merasakan mereka yang mempunyai kecelaruan mental ini adalah sakit yang biasa dan tidak merbahaya.

“Sejujurnya, saya susah nak ingat, salah satu caranya saya akan rekod sesuatu benda untuk saya jadikan kenangan.” Dia turut berkongsi bahawa kini dia mengalami masalah lupa ingatan tentang sesuatu perkara dan akan cuba rekod perbuatan untuk dijadikan bukti.

Skizofrenia yang dihidapi telah menyebabkan dia hilang pekerjaan. Akibat sakit kepala yang terlampau, dia terpaksa berhenti kerja walaupun ketika itu dia sedar bahawa itu bukanlah satu keputusan yang tepat untuk mengatasi sakit yang dihadapinya.

“Saya mula nampak diri saya cedera, saya nampak saya bunuh diri di skrin komputer,”

Dia sekali lagi mendapat gangguan mental ketika mula bekerja di tempat baharu dan ternyata tidak dapat memberi perhatian setiap kata dan arahan yang diberikan.

Bukan itu sahaja, kesihatan Sera makin merosot apabila perubahan demi perubahan berlaku.

“Badan menjadi lesu, dunia rasa gelap dan fikiran asyik ingat nak mati jee,”

Perkara tersebut berlarutan sehingga dia mengambil keputusan untuk rehatkan diri dan tidak meneruskan pekerjaan. Dia kini seorang surirumah sambil berniaga kecil-kecilan.

Sera terus menjadi seorang yang positif dan sudah berada dalam keadaan stabil namun penyakit ini tidak ada pengakhiran selain kawalan oleh diri sendiri.

Kadang kala kita tidak sedar bahawa diri sendiri sedang berperang dengan emosi. Apabila terlampau penat melawan perasaan tersebut, bimbang akan berlakunya penyakit mental.

Oleh itu jangan ambil mudah dengan penyakit skizofrenia ini.

https://www.youtube.com/watch?v=zNleiIZHsxs

Sebagai panduan anda boleh ke portal Klinik Minda untuk 10 tanda-tanda skizofrenia yang anda perlu tahu.

Antara tanda-tanda yang dikongsi dan boleh dijadikan panduan untuk mengenalpasti penyakit ini pada peringkat awal dalam kalangan remaja termasuklah:

  • Menjadi sangat beremosi.
  • Menjadi panas baran dan mudah melenting.
  • Kemurungan atau keresahan.
  • Ketakutan yang melampau.
  • Sukar untuk memberi tumpuan.
  • Tidak boleh membezakan antara mimpi dan realiti.
  • Paranoia & memikirkan bahawa ada orang ingin mencederakannya atau ada orang bercakap-cakap mengenainya.
  • Berhalusinasi seperti mendengar suara atau melihat benda yang tidak nyata.
    Bercakap seorang diri.
  • Bertutur dengan perkataan atau bahasa yang tidak difahami.
  • Tindak balas yang tidak kena pada tempatnya seperti ketawa ketika menonton babak sedih.
  • Pergerakan badan yang aneh dan pelik.
  • Sukar untuk berkawan atau kekal dalam persahabatan.
  • Menjadi seorang yang tidak terurus dan mengabaikan kebersihan diri.
  • Penyalahgunaan bahan terlarang seperti dadah, ganja, pil kuda dan sebagainya.
  • Tingkah laku yang ganas.

Sekiranya anak anda menunjukkan tanda-tanda seperti yang disenaraikan, bawalah mereka berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.

Sumber: Klinik Minda

Tags: gilasakit mentalskizofrenia
Previous Post

Suara Black tarik bacaan Bismillah tu memang sedap

Next Post

Video Puisi, Sastera Era Digital? Semakin Popular di Media Sosial

Next Post

Video Puisi, Sastera Era Digital? Semakin Popular di Media Sosial

Comments 2

  1. Pingback: Pernah Kelar Tangan, Cubaan Bunuh Diri, -Janna Nick Hidap Gangguan Bipolar « Kepochi
  2. Pingback: Pernah Kelar Tangan, Cubaan Bunuh Diri, -Janna Nick Hidap Gangguan Bipolar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!
  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker