“PENTIRU! Boooooooo!!!” itu antara komen di hantaran (posting) Instagram yang merupakan antara jenama besar fesyen di Malaysia. Isunya adalah bila jenama besar tersebut membuat hantaran produk baru mereka Instagram yang mana produk itu seakan-akan sama dengan satu jenama fesyen yang lain. Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada peminat kedua-dua jenama fesyen tersebut.
Designer merangkap boss Bokitta, Hala Absi dengan tenang menyatakan betapa syukur Bokitta sentiasa inovatif dan tidak perlu meniru untuk berjaya. Hala Absi menganggap ianya adalah hebahan dan promosi percuma untuk Bokitta.
“Alhamdulillah we are always innovative, we don’t need copying other people to succeed, do not worry.. free marketing.” Jelas Hala Absi dalam satu perbualan Whatsapp.
Satu hantaran telah dibuat Menerusi Facebook BokittaLover.com , bukan kisah ciplak harta intelek yang dibangkitkan. Tetapi dengan jelas memberi penerangan tentang produk aksesori keluaran Bokitta termasuk BOKITTA MAGNETIC SHAPERS™ yang dikeluarkan pada tahun 2019 itu.
Dalam hantaran tersebut, ianya turut menegaskan mereka bangga dengan Hala bahawa rekaan Bokitta itu menjadi “inspirasi” kepada satu jenama besar di Malaysia. Mereka memuji agar meneruskan idea-idea bijak dan supaya teruskan menginspirasi yang lain.
Hantaran tersebut boleh dianggap “reverse psychology” atau psikologi terbalik.
Perkara seperti ini diharapkan tidak berlaku lagi, ini sememangnya melanggar hakcipta sesuatu rekaan. Bukan sahaja itu, malah ianya juga tidak betul dari segi etika.
P/S: Rasanya kena baca balik akta.
–Rekaan Menjadi “Inspirasi” Jenama Besar di Malaysia