Anak-anak asyik teriak nak main gajet? Tak main gajet jadi bosan? Takde idea dah nak buat aktiviti anak? Hah jangan bingung-bingung, bagi je main pasir!
Sebenarnya ada banyak sangat kebaikan main pasir yang parents selalu takut untuk bagi anak explore.
Takut kotor? Takkan parents lupa dia dulu masa kecil pun dia main cari cacing dalam tanah, main masak-masak guna pasir sebagai nasi. Haha.
Jadi janganlah risau, lepas parents tahu kebaikan main pasir ni, mesti lega. Tak payah pening-pening nak bagi main apa bila kering idea.
Inilah 5 Kebaikan Bagi Anak Main Pasir, No 5 paling best!
1) Ransang motor halus.
- Motor halus ni adalah basic asas bantu anak pegang pensel tau!
- Genggam, selerakkan pasir, main guna tangan dan kaki bantu perkembangan motor. Bukan motor halus je, motor kasar sekali pun terlibat sama.
2) Bantu deria anak.
- Pegang texture basah/kering, batu besar, batu kecil, pasir ini semua bantu ransang deria.
- Tengok je idea mereka bila aktifkan deria sentuhan ni.
3) Melukis & menulis.
- Bantu kawal otot tangan & jari anak dengan aktiviti melukis & menulis atas pasir ni. Best!
- Kalau kawasan besar, boleh main teng-teng siap.
4) Bina Daya kreativiti.
- Open ended play ni. Tak terhad untuk ikut rules. Boleh main apa-apa je.
- Main lori pasir, main bola, atau bawa saja alat mainan anak-anak. Fuh. Terus macam-macam idea keluar.
5) Bantu immune sistem.
- Main kotor ni, bantu anak-anak bina immune sistem badan.
- Lepas main nanti, sambung main air dalam bilik air. Kasi mandi bersih-bersih.
Jadi, apa lagi? Jangan pening-pening dah. Jom bawak anak main pasir!
Perkongsian Dari FB ALINA ADENAN
Boleh join https://t.me/circlemamaosem untuk banyak lagi perkongsian!
Terus bersama KEPOCHI ya untuk macam-macam lagi sharing!