‘Work life balance’ di Malaysia kedua terburuk di dunia

Myra HamdiInfo1 year ago8 Views

Malaysia menduduki tempat kedua terburuk di dunia dari segi keseimbangan kerja dan kehidupan (work-life balance) berdasarkan kajian terbaru oleh syarikat perkhidmatan sumber manusia global, Remote.

Kajian ini melibatkan 60 negara dan mendapati Malaysia adalah negara Asia yang paling teruk dalam indeks tersebut. Malaysia memperoleh markah 27.51 daripada 100 dengan purata masa bekerja 40.8 jam seminggu dan gaji minimum RM5.04 sejam.

Kajian ini mengambil kira pelbagai faktor seperti cuti tahunan, cuti sakit, cuti bersalin, gaji minimum, penjagaan kesihatan, indeks kebahagiaan dan lain-lain.

Menurut Remote, rakyat Malaysia didapati bekerja lebih keras daripada yang sepatutnya dan mempunyai sedikit atau tiada masa untuk berehat dan memulihkan tenaga.

Malaysia berkongsi gelaran negara yang paling banyak bekerja bersama Mexico dan Nigeria, dengan purata lebih 40 jam seminggu termasuk pekerja sepenuh masa dan sambilan.

Lima negara teratas dalam senarai keseimbangan kerja dan kehidupan terbaik ialah New Zealand, Sepanyol, Perancis, Australia dan Denmark. Manakala tiga negara Asia teratas ialah Taiwan (tempat ke-16), Singapura (tempat ke-19) dan Korea Selatan (tempat ke-32).

0 Votes: 0 Upvotes, 0 Downvotes (0 Points)

Leave a reply

Loading Next Post...
Follow
Search Trending
TERLEPAS KE?
Loading

Signing-in 3 seconds...

Signing-up 3 seconds...

Cart
Cart updating

ShopYour cart is currently is empty. You could visit our shop and start shopping.