From budgeting to packing hacks, here’s everything you need to know to make travel stress-free and enjoyable.
Dulu reality show macam Survivor dan The Biggest Loser naik gila-gila sebab TV perlukan konten murah tapi tetap menghiburkan. Sekarang cerita dah lain, reality TV sekarang nampak macam hilang taring. Rating jatuh, format baru tak menjadi, dan rancangan lama pun makin hambar.
Kenapa? Pertama, cara orang layan hiburan dah berubah. Dulu semua tunggu siaran TV, sekarang semua ada Netflix, YouTube, TikTok, pilih je nak tengok apa, bila-bila masa. Influencer dan YouTuber pula bagi vibe “real” yang lebih dekat di hati berbanding reality show yang dah terlalu scripted rasa dia.
Kedua, penonton dah muak. Terlalu banyak rancangan bakat, dating, survival… semua dah rasa sama. Tambah pula dengan docuseries dan dokumentari high-quality yang bagi cerita lagi padu, reality show makin tenggelam.
Sebenanya realiti show ni Walaupun “unscripted”, ianya tetap perlukan team penulis untuk susun atur cerita. Bila produksi tersekat, kualiti pun jatuh.
Kesimpulannya, reality TV belum terkubur, cuma kena pandai adapt. Kalau nak survive, kena kreatif, main format baru lain dari yang lain dan masuk kat media sosial.