Siapa sangka yang menasihati sebegini adalah Kuan Chee Heng atau lebih popular dengan panggilan Uncle Kentang. Dia yang merupakan aktivis masyarakat menulis begitu menerusi perkongsian di akaun Facebooknya.
Pesanannya agar kita jadi seperti Saidina Umar RA diharap dapat membuka mata semua pihak. Saidina Umar sememangnya terkenal dengan kepimpinan penuh amanah dan integriti. Beliau sentiasa prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya.
Menerusi perkongsian tersebut juga, Uncle Kentang menyatakan segala bantuan yang diminta akan disiarkannya di Facebook dan jangan ambil peduli dengan kata-kata orang lain sedangkan bila anda ditimpa masalah tiada pula yang tampil kehadapan. Dia mengharap supaya tidak memarahi pada orang yang meminta bantuan, kerana merekalah peluang untuk kita indahkan kubur kita nanti.
Ini adalah susulan segelintir orang ramai melemparkan tuduhan kepada seseorang yang dibantunya tanpa usul periksa. Kekecewaannya bertambah apabila dia turut sama dituduh tidak memeriksa latar belakang seseorang yang dibantunya.
Dalam perkongsian sebelum ini Uncle Kentang menyatakan dengan kata-kata sindiran agar ada yang terasa.
“SAYA UNCLE KENTANG YANG SUNGGUH BODOH… SAYA TOLONG ORANG YANG TAK SEPATUT DI BANTU… SAYA MOHON MAAF… HANYA TUHAN SAHAJA YANG TAHU…. kerana aku tahu aku pasti mati… biar aku bawa kebodohan aku masuk kedalam kubur aku….” Tulisnya. Dia memesan kepada yang menerima bantuan tersebut supaya terus tabah.
“Tuhan tidak membebankan kamu lebih dari apa kamu mampu tanggung… mereka yang mengeji dan menherdik mu di sosial media… kau anggap itu lah tiupan irama angin yang akan berlalu tanpa merdu nya….. Kita yakin dan bertawakal… pasti kita bahagia di dunia dan akhirat… segala nya adalah Kun Faya Kun…. kita ambil yang jerneh…. lepaskan yang keruh.. semoga kau bahagia di samping anak anak yang di sayangi mu sentiasa….” Ayat-ayat Uncle Kentang ini wajar kita simpan sebagai pedoman.
Semoga kita semua dapat mencontohi kepimpinan Saidina Umar Al-Khattab RA. Banyak kisah tauladan yang sangat baik untuk dicontohi.