Uncle Kentang berebut “tong tahi” dengan ibunya!

Sonny IkmalInfo4 years ago31 Views

Uncle Kentang tidak dapat menahan sebak apabila bercerita tentang kepayahan hidup keluarganya.

Menyentuh mengenai ibunya yang mengambil upah mencuci rumah, dia tidak sanggup melihat ibunya mencuci “tong tahi”, dan dia sendiri yang akan melakukannnya membantu ibunya.

“Saya selalu menangis kerana saya tak mahu melihat ibu saya busuk-busuk cuci tong tahi, dia dapat 80sen sahaja untuk cuci rumah!” Itu antara ucapan Uncle Kentang semasa perasmian buku Sementara Ku Di Sini Sebuah Catatan Uncle Kentang.

 


Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng adalah seorang aktivis masyarakat yang giat membantu mereka yang memerlukan. Baginya, Sementara Ku Di Sini bermaksud ku tidak akan lama di sini, oleh itu kita akan sentiasa buat yang terbaik sementara disini.

“Tujuan buku ini adalah untuk menggalakkan supaya jangan mudah berputus asa dalam keadaan terdesak pun ada hikmah sebaliknya.”  tambahnya.

Buku yang penuh inspirasi ini dijual dengan harga RM35 ini boleh didapati secara online di www.unclekentang.com , bookcafe.com dan juga di Shopee. Menurut Tuan Sukur Ibrahim selaku penerbit buku ini, sebahagian hasil Jalan buku ini akan didermakan kepada pihak pengurusan van jenazah dan ambulans Uncle Kentang.

“Dapatkan buku ini, sediakan tisu baru baca.” Kata Uncle Kentang mengakhiri temubual.


Uncle Kentang berebut “tong tahi” dengan ibunya!


Visit www.mykepochi.com for more inspiration, info, lifestyle and more!

0 Votes: 0 Upvotes, 0 Downvotes (0 Points)

Follow
Search
TERLEPAS KE?
Loading

Signing-in 3 seconds...

Signing-up 3 seconds...