MELAKA – Dalam semangat Aidiladha dan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin tampil menghulurkan sumbangan seekor lembu korban khusus kepada keluarga arwah Muhammad Afizul Hakim Alias, kanak-kanak 4 tahun yang terkorban dalam kebakaran di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong bulan lalu.
Datuk Rais, yang juga Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, menjelaskan bahawa sumbangan ini adalah daripada poket peribadi beliau sendiri dan diniatkan khas untuk arwah Muhammad Afizul serta adik-beradiknya.
“Ini adalah sumbangan peribadi saya untuk arwah, lagipun mereka bukanlah daripada keluarga yang berkemampuan.” ujar Datuk Rais Yasin
Penyerahan korban berlangsung pada Jumaat lalu di Kompleks JAPERUN Paya Rumput, dan turut dihadiri oleh ADUN Pantai Kundor, Tuminah Kadi @ Mohd Hashim.
Bukan satu ekor je geng! Sekitar 30 ekor lembu dan empat ekor kambing turut disumbangkan kepada:
Bagi Datuk Rais, ibadah korban bukan hanya soal daging semata-mata, tetapi juga peluang untuk bantu insan yang memerlukan. Bahkan beliau turut minta pihak pengurusan program korban mencari individu kurang bernasib baik untuk dimasukkan nama mereka pada bahagian korban yang masih kosong.
“Selain arwah, saya juga telah meminta pihak pengurusan program korban untuk melihat mana-mana individu yang tidak bernasib baik untuk kita letakkan nama mereka pada bahagian korban yang masih kosong sebagai salah satu cara membantu.” Datuk Rais Yasin
Datuk Rais menegaskan bahawa niat korban ini ditujukan kepada Allahyarham Muhammad Afizul Hakim serta ahli keluarganya, sebagai tanda kasih dan ingatan terhadap tragedi yang menimpa.